Anda memiliki wajah yang kusam letih dan tidak bermaya? Wajah yang
kelihatan tidak bermaya ini disebabkan oleh banyak faktor antaranya
stress di tempat kerja atau pun tidak menjaga diri dan wajah dengan
sempurna.
Di sini ada 5 tip mudah untuk anda cuba dan amalkan agar wajah anda
tidak lagi kusam dan tidak bermaya seterusnya sentiasa berseri-seri
seperti wanita lain.
Mata Segar
Mata adalah tarikan utama pada wajah kita. Jika mata layu, maka ia turut
memberikan kesan kepada wajah. Anda boleh menyegarkan matamu dengan
menyimpan sudu besi di dalam peti sejuk semalaman. Apabila bangun pagi,
lekapkan sudu yang telah disejukkan itu ke bahagian atas kelopak dan
bawah mata. Ini dapat membuatkan matamu terasa dingin dan segar.
Skrub wajah
Seminggu sekali atau dua kali seminggu, skrub muka agar wajah yang kusam
itu kelihatan segar kembali. Skrub wajah ini adalah untuk menyingkirkan
sel-sel kulit mati yang membuatkan wajahmu kusam dah tidak bermaya.
Masker
Apa kata anda cuba membuat masker buatan sendiri yang dapat menyegarkan
wajahmu di pagi hari. Caranya, kisarkan timun bersama dua sudu besar
yogurt asli dan satu sudu susu segar. Setelah itu, sapukan ke wajah dan
leher. Biarkan ia kering selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air
bersih. Wajah anda akan terasa lebih lembut dan segar selepas
menggunakannya.
Haruman
Wangikan tubuhmu dengan wangian badan yang dapat merangsang mood anda.
Secara tidak langsung, mood yang baik dapat membuatkan anda gembira,
bertenaga dan membuatkan wajahmu berseri-seri.
Kuasa mekap
Gunakan kuasa mekap yang dapat memberikan warna kepada wajahmu! Oleskan
penggaris mata, pemerah pipi dan gincu di bibir. Pasti dapat
menyembunyikan wajah kusam dan menjadikan wajahmu tampak berseri-seri!
Jangan sekali-kali keluar rumah tanpa sebarang solekan.
Sekurang-kurangnya secalit gincu.
Semoga dengan tip mudah ini wajah anda kembali tampil berseri.
sumber dipetik dari:- http://www.tupai.com.my/