Tuesday, 3 February 2015

Ubah bentuk asal untuk cantik berdosa

Ubah bentuk asal untuk cantik berdosa

Fitrah setiap manusia khasnya wanita yang sentiasa inginkan bentuk badan cantik dan menarik menjadi bonus bagi penjual ubat-ubatan 'cantik ekspres' menerusi online di negara ini.

Namun, di sebalik perniagaan itu, umat Islam khasnya terjebak dengan dosa besar kerana mengubah bentuk badan asal mereka.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Datuk Noh Gadut berkata, tujuan yang dibenarkan untuk mengubah bentuk badan asal hanya bagi memperbaiki organ badan yang rosak akibat trauma kemalangan selain mengembalikan kecacatan kepada bentuk normal.

"Ulama tafsir berkongsi tiga pendapat berkaitan takrifan 'merubah fitrah kejadian dan apa juga yang ditetapkan Allah SWT' iaitu mengubah bentuk badan dan organ haiwan serta manusia, mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai Tuhan dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah SWT serta sebaliknya.

"Kini, perkara membimbangkan ialah ada pihak cuba memperdaya orang ramai dengan mengatakan bahan digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan kosmetik hanya mengandungi sesuatu protein dan ia juga tidak mengubah bentuk badan asal," katanya.

Noh mengulas lambakan laman sosial Facebook (FB) dan blog yang menjual hormon estrogen kepada wanita yang menginginkan bentuk badan menggiurkan tanpa perlu menjalani pembedahan.

Apa yang perlu dilakukan pembeli ialah menghubungi penjual sebelum hormon berkenaan disuntik sendiri ke bahagian badan yang dirasakan perlu diubah.

Bagaimanapun, ramai menyesal kerana kecantikan diperoleh hanya sementara sebelum bahagian badan yang disuntik kendur, malah bertukar buruk.

"Mungkin sekarang nampak cantik namun hakikatnya semuanya palsu, malah perlu menanggung dosa seumur hidup.

"Jika tidak sakit, mengapa perlu cari penyakit dengan melakukan pembedahan atau menyuntik untuk mengubah bentuk badan asal," katanya.

Menurut Noh, cantik dan berhias sememangnya dituntut Islam berikutan Islam tidak suka umatnya selekeh dan tidak terurus.

"Rasulullah SAW sendiri sangat kemas, kacak dan menarik sekali, malah sedap mata memandang.


sumber : http://anizyn.blogspot.com
Produk Pilihan Untuk Cantik
http://klatebis.com/?ref=admin