Walaupun kempen besar-besaran untuk diet fad (diet musim atau diet 
kegilaan) sudah tidak begitu rancak lagi, namun masih ramai mereka yang 
mempunyai berat badan berlebihan mengamalkan beberapa jenis diet. 
Walaupun kajian menunjukkan kepentingan memakan makanan dari semua 
kumpulan makanan utama, orang ramai masih keliru tentang apa jenis diet 
yang perlu diamalkan, yang membuka ruang yang luas kepada penyelesaian 
segera seperti diet fad.
Dalam usaha untuk membantu pembaca menentukan apa yang membuatkan pemakanan itu sihat dan bila masa untuk menjauhkan diri, saya akan bincangkan apa yang membuat diet itu diet fad dan mengapa ia perlu dijauhkan. Kita akan lihat nanti bagaimana setiap kumpulan makanan boleh memberi manfaat kepada kesihatan kita.
Badan kita adalah ciptaan unik yang boleh mengambil manfaat daripada protein, karbohidrat dan lemak yang kita makan. Dalam usaha untuk melakukan yang terbaik kepada tubuh kita, hati kita sebenarnya memerlukan semua nutrien ini, yang dikenali sebagai makronutrien. Justeru diet ‘detoksifikasi’ pun harus juga memasukkan semua makronutrien ini.
Diet fad boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang bersifat sementara. Oleh itu, tidak hairanlah jika diet ini tidak berkesan. Bagaimana nak mengenali diet fad?
Perkara pertama yang memberi amaran bahawa sesuatu diet itu adalah diet 
fad ialah apabila makanan tertentu, atau kumpulan makanan tertentu tidak
 dibenarkan diambil.
Kita ambil diet karbohidrat rendah sebagai contoh. Apakah yang 
membuat karbohidrat nutrien yang tidak baik? Kenapa pengambilan 
karbohidrat di beberapa negara mencecah setinggi 80% tetapi mereka tidak
 menghadapi masalah berat badan berlebihan. Justeru punca berat badan 
berlebihan bukanlah karbohidrat.
Satu lagi masalah dengan diet karbohidrat rendah adalah mereka mencadangkan dihapus atau dihadkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan nutrien. Berbagai-bagai penyelidikan yang dijalankan menunjukkan makanan tersebut membantu mencegah pelbagai penyakit seperti kanser dan penyakit jantung, justeru ianya sangat menghairankan bila seseorang yang terlibat dengan penjagaan kesihatan mengesyorkan diet seperti itu.
Bersambung di Bahagian 2…
Dalam usaha untuk membantu pembaca menentukan apa yang membuatkan pemakanan itu sihat dan bila masa untuk menjauhkan diri, saya akan bincangkan apa yang membuat diet itu diet fad dan mengapa ia perlu dijauhkan. Kita akan lihat nanti bagaimana setiap kumpulan makanan boleh memberi manfaat kepada kesihatan kita.
Badan kita adalah ciptaan unik yang boleh mengambil manfaat daripada protein, karbohidrat dan lemak yang kita makan. Dalam usaha untuk melakukan yang terbaik kepada tubuh kita, hati kita sebenarnya memerlukan semua nutrien ini, yang dikenali sebagai makronutrien. Justeru diet ‘detoksifikasi’ pun harus juga memasukkan semua makronutrien ini.
Diet fad boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang bersifat sementara. Oleh itu, tidak hairanlah jika diet ini tidak berkesan. Bagaimana nak mengenali diet fad?
# 1 – Janji kehilangan berat badan yang cepat
Hebat! Mengurangkan berat badan dalam jangka masa yang pendek. Berapa 
ramai pembaca yang mengetahui seseorang yang telah mengikuti salah satu 
daripada diet ini, menjadi gemuk semula dan malah lebih berat dari dulu?
 Apabila seseorang kehilangan berat badan dengan cepat, mereka 
kehilangan banyak tisu otot dan berat badan yang diperolehi semula 
kemungkinan besar lebih banyak berat lemak dan kurang otot, membuat ia 
lebih mudah untuk mendapatkan kembali berat badan setiap kali mereka 
berhenti mengamalkan diet fad terakhir. Diet yang sihat untuk diamalkan 
adalah yang menggalakkan kehilangan berat badan secara lambat dan 
progresif dalam tempoh masa yang lebih panjang. Seseorang itu akan 
mempunyai kalori yang cukup untuk membuat senaman secara 
bersungguh-sungguh, supaya dia akan kehilangan lemak dan bukannya otot. 
Diet yang terlalu rendah untuk keperluan asas badan akan menyebabkan 
badan memecahkan simpanan protein (otot) untuk menjana tenaga yang 
diperlukan.
# 2 – Menghapuskan makanan atau kumpulan makanan tertentu

PRODUK PILIHAN 