Anda mengalami sakit belakang badan yang berterusan? Simptom-simpton
selsema yang tidak hilang? Rasa sakit pada bahagian lengan anda? Kembung
perut yang tidak dapat dijelaskan? Sebenarnya, kesemua empat sakit pada
bahagian badan ini boleh menjadi tanda-tanda kanser.
akit pada belakang badan berkemungkinan kanser pankreas
Lebih 44,000 kes baru mengenai kanser pankreas telah didiagnosis pada
tahun ini. Kanser pankreas adalah satu penyakit yang dianggap sebagai
pembunuh senyap kerana ia biasanya pada tahap terakhir ketika dikesan.
Pankreas ialah satu kelenjar yang menghasilkan asid untuk membantu anda
mencerna makanan dan disebabkan ia terletak di belakang perut,
menyebabkan tumor sukar untuk dikesan. Apabila tumor menghalang saluran
pankreas, asid akan memberi kesan pada pankrea lantas menyebabkan sakit
badan yang berlaku pada bahagian belakang.
Ramai orang kerap mengalami sakit yang berkaitan dengan otot belakang. Namun, jika anda mengalami sakit yang berterusan yang tidak dapat dibantu dengan ubat anti radang atau najis pucat, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor kerana berkemungkinan ia kanser pankreas. Namun begitu, kesakitan yang disebabkan oleh kanser pankreas boleh dilegakan buat sementara waktu dengan membongkokkan badan.
Selsema berterusan berkemungkinan 'lymphoma'
Lebih 75,000 kes baru 'lymphoma', yang mana merupakan salah satu kanser
bahaya yang menyerang golongan wanita muda telah didiagnos pada tahun
ini. 'Lymphoma' ialah kanser kelenjar limfa, yang terletak di ketiak,
leher atau pangkal paha. Kanser ini akan menyerang sel-sel darah putih,
satu perkara penting dalam sistem imun badan anda. Tanda-tanda
'lymphoma' sama seperti selsema dan kehilangan berat badan secara
mendadak, kerap berpeluh pada waktu malam atau demam panas.
Selain itu, gejala lain termasuk ketulan dalam tekak, hidung berdarah atau gusi berdarah. Jika gejala-gejala ini berterusan selama lebih daripada satu atau dua minggu, sila berjumpa dengan doktor sebelum terlambat.

Sakit pada bahagian lengan berkemungkinan kanser paru-paru
Lebih 200,000 kes baru mengenai kanser paru-paru, kanser pembunuh nombor
satu yang telah didiagnosis pada tahun ini. Tambahan lagi, 1 daripada 5
wanita yang telah didiagnosis menghidap kanser paru-paru sebenarnya
tidak pernah merokok sepanjang mereka hidup. Seperti yang kita tahu,
batuk-batuk atau pernafasan yang menyakitkan menandakan kanser
paru-paru, tetapi tahukah anda bahawa sakit pada lengan juga merupakan
salah satu gejalanya?
Kesakitan yang tidak ada kena-mengena dengan pernafasan ini berlaku pada bahagian dalam lengan dan akan menjadi lebih teruk dari semasa ke semasa. Semasa kanser ini menyerang, ia akan menghalang saluran darah dan menyebabkan kerengsaan. Anda akan mengalami kesakitan pada bahu dan leher seterusnya merebak ke bahagian lengan anda. Berbanding dengan sakit otot, kesakitan ini sama seperti artritis, ia tidak akan berkurang dengan duduk, berdiri atau menggerakkan lengan anda dengan kedudukan yang berbeza.

Perut kembung berkemungkinan kanser kolon
Kanser kolon boleh diubati jika dapat dikesan terlebih awal. Itulah
sebabnya ianya sangat penting untuk anda mengetahui tanda-tandanya.
Perut yang kembung dan berkaitan dengan kanser kolon sebenarnya
disebabkan apabila tumor menghalang kolon, mencegah pengeluaran gas dan
najis keluar dari tubuh badan melaluinya.
Seterusnya, gejala-gejala lain yang berkaitan dengan kanser kolon ialah najis berdarah, perubahan dalam bentuk najis anda dan kencing dengan kerap secara tiba-tiba. Justeru itu, jika anda mempunyai ibu bapa atau adik-beradik yang mempunyai sejarah kanser kolon, mula jalani kolonoskopi anda secepat yang mungkin.

PRODUK PILIHAN