Oleh : Marcell Pick,
OB/GYN NP
Terjemahan oleh Dr.
Rushdan
Hampir semua orang
mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit
jantung, penyakit diabetes (kencing manis) atau kanser. Anda tentu merasa
bimbang kalau-kalau anda ada membawa gen atau baka yang menyebabkan anda juga
berisiko menghidap penyakit yang sama . Kajian sains yang terkini telah
menunjukkan bahawa terdapat cukup bukti untuk mengatakan bahawa sebenarnya anda
boleh melakukan sesuatu untuk mengelak dari penyakit2 ini walaupun anda
mempunyai faktor2 risikonya dan ianya bermula dengan pemakanan ataupun nutrisi.
Dengan pengambilan nutrisi yang optima termasuk makanan tambahan (dietary
supplement), anda boleh menjalani kehidupan ini dengan lebih baik dan tidak
mengalami masalah kesihatan yang serius kemudian hari.Kebelakangan ini
banyak diperkatakan mengenai samada perlu kita mengambil makanan tambahan
termasuk multivitamin dan mineral, samada pengambilannya akan memberi kesan
yang baik ataupun sebaliknya. 50% dari penduduk Amerika mengambil makanan
tambahan dan ini telah menggerakkan Institut Kesihatan Kebangsaan ( National
Institute of Health USA) mengambil keputusan untuk menubuhkan panel yang akan
mengeluarkan konsensus samada amalan pengambilan makanan tambahan ini selamat
dan berkesan untuk melawan penyakit kronik.
Apabila kita
berbincang tentang
perkara seumpama ini, pasti akan wujud dua pihak yang
berbeza pendapat. Tetapi berdasarkan pengalaman klinikal saya, pengambilan
multivitamin dan mineral yang telah dikeluarkan oleh syarikat ternama tidak
akan memudaratkan anda, malah ia boleh memberi banyak kebaikan. Di dalam
amalan saya secara peribadi, saya dapat melihat dengan jelas kebaikan mengambil
makanan tambahan oleh pesakit saya, keluarga dan juga rakan-rakan saya. Jadi mengapa
masih ramai lagi yang belum sedar peri mustahaknya pengambilan vitamin?
Vitamin apa yang perlu anda ambil ? Mengapakan banyak syarikat ubatan dan
doktor yang menentang pengambilan makanan tambahan? Mengapakah berlaku
perdebatan yang berterusan tentang keselamatan mengambil vitamin ?
Jika anda
membaca kenyataan “state-of-the-science statement” yang dibuat oleh panel NIH
(National Institute of Health), anda dapati pendapat mereka adalah
“inconclusive” ataupun tidak dapat dibuat kesimpulan yang kukuh. Akhbar dan
individu2 tertentu menilai kenyataan ini sebagai tidak cukup bukti untuk
mengesyorkan pengambilan multivitamin kepada orang ramai. Pada hal ahli
panel NIH tidak langsung mengeluarkan kenyataan itu, malah mereka tidak menghalang
pengambilan makanan tambahan dan tidak ada bukti yang mengatakan pengambilan
makanan tambahan boleh memudharatkan.
HUBUNGAN DI
ANTARA NUTRISI DAN PENYAKIT KRONIK.
Mari kita kaji
persoalan-persoalan ini berdasarkan kepada kajian2 terkini jadi kita mendapat
maklumat yang lebih jelas. Kita telah
menggunakan makanan tambahan dan pengubahsuaian menu makan sebagai terapi
perubatan semenjak lebih 20 tahun lagi. Pada hari ini, kita mengesyorkan setiap
orang mengambil vitamin yang mengandungi kandungan yang selamat dan mencukupi
dari syarikat2 yang berwibawa. Jadi mari kita bincang mengenai apakah pendirian
kita bila bercakap mengenai makanan tambahan dan bagaimana dapat kita menjawab
soalan yang berkait dengan kontroversi pengambilan vitamin.
Mengapakan
berlaku peningkatan mendadak penyakit-penyakit kronik ini ? Jelas sekali di
antara sebab-sebabnya adalah kita sekarang mempunyai jangka hayat yang lebih
panjang, hidup di dalam stress, kedua-duanya memberi sumbangan kepada penyakit
degeneratif. Dan cuma baru-baru ini sahaja kita mula sedar akan pentingnya
nutrisi.
Cerita mengenai
peningkatan bilangan penyakit kronik pada masa ini merupakan salah satu yang
hangat diperkatakan. Pada hari ini 70% dari penduduk Amerika mati disebabkan
oleh komplikasi dari penyakit kronik seperti penyakit jantung, penyakit kanser,
obesiti, diabetes, depression (tekanan perasaan), penyakit metabolik dan
penyakit sistem penghadaman (termasuk heartburn dan acid reflux), rheumatoid
arthritis (sakit sendi), fibroids dan osteoporosis.
Apakah pula
peranan yang dimainkan oleh faktor genetik (baka) di dalam penyebab kepada
penyakit kronik? Pada pandangan kami, genetik jarang menentukan secara mutlak
seseorang itu untuk menghidap penyakit. Seringkali faktor genetik memerlukan
faktor lain (faktor sampingan) termasuk pemakanan bagi menyebabkan ujudnya
penyakit. Malah faktor nutrisi ini dikatakan di antara faktor2 sampingan yang
sangat berpengaruh. Jadi faktor genetik sahaja mungkin belum cukup kuat
untuk menyebabkan berlakunya penyakit.
Ramai di
kalangan pesakit kami terkejut apabila mendapati banyak penyakit yang mereka
hadapi sebenarnya boleh dikaitkan dengan kekurangan beberapa unsur bahan
nutrisi. Nutrisi mempunyai pengaruh ke atas sistem pertahanan badan, fungsi
organ, keseimbangan hormon dan metabolisma sel. Kekurangan bahan nutrisi akan
berlaku dahulu sebelum timbul gejala2 yang kemudiannya berlakulah penyakit.
Kaedah rawatan
konventional menggunakan ubat-ubatan yang sangat mahal dihasilkan oleh
syarikat2 farmakeutikal, kaedah-kaedah ini lebih memberi kelegaan sementara
dari kesakitan dan rasa tidak selesa. Ianya sebenarnya tidak merawat punca
masalah, malah kadangkalanya membawa lebih banyak masalah di kemudian hari
contohnya pengambilan ubat antiinflamasi atau steroid jangka panjang yang
menyebabkan gastritis (sakit perut), sakit sendi , diabetes dan lain-lain. Ini
disebabkan kaedah rawatan konventional memberi tumpuan kepada penyaringan
penyakit ( disease screening) dan rawatan ubat-ubatan – ia sering menafikan
pendekatan yang lebih berkesan untuk mencegah penyakit iaitu melalui nutrisi.
Apakah pula peranan
yang dimainkan oleh faktor genetik (baka) di dalam penyebab kepada penyakit
kronik? Pada pandangan kami, genetik jarang menentukan secara mutlak seseorang
itu untuk menghidap penyakit. Seringkali faktor genetik memerlukan faktor lain
(faktor sampingan) termasuk pemakanan bagi menyebabkan ujudnya penyakit. Malah
faktor nutrisi ini dikatakan di antara faktor2 sampingan yang sangat
berpengaruh. Jadi faktor genetik sahaja mungkin belum cukup kuat untuk
menyebabkan berlakunya penyakit.
Ramai di kalangan
pesakit kami terkejut apabila mendapati banyak penyakit yang mereka hadapi
sebenarnya boleh dikaitkan dengan kekurangan beberapa unsur bahan nutrisi.
Nutrisi mempunyai pengaruh ke atas sistem pertahanan badan, fungsi organ,
keseimbangan hormon dan metabolisma sel. Kekurangan bahan nutrisi akan berlaku
dahulu sebelum timbul gejala2 yang kemudiannya berlakulah penyakit.