Ramai wanita yang mahukan payudara yang cantik dan tegang. Namun begitu,
perincian apa yang cantik dan macam mana yang tegang adalah tidak
nyata.
Setiap wanita perlu tahu, payudara adalah berbeza bagi setiap wanita,
daripada segi saiz, bentuk, warna dan ketegangan. Hanya kerana melihat
gambar seorang model iklan dengan buah payudara yang cantik, seseorang
wanita mahu menurutnya.
Lambakan produk kesihatan dan kecantikan payudara di pasaran memberi
informasi dan manfaat berguna buat wanita. Malah rekaan fesyen coli yang
segar dan mengikut peredaran zaman juga tidak kurang hebatnya apabila
memberi idea kepada wanita untuk tampil menarik dan berkeyakinan.
Perkara paling utama adalah memakai coli yang bersesuaian dengan bentuk
dan saiz payudara. Jangan memakai coli yang saiz terlalu kecil, ini akan
membuat anda tidak selesa.
Apabila memakai coli yang kecil dan dada dirasakan seperti terkeluar, maka saiz itu adalah kecil.
Pelbagai petua boleh dimanfaatkan bagi memperolehi payudara yang cantik.
Selain Omega 3, sayuran dan vitamin E, pengambilan teh hijau setiap hari
juga mampu meminimumkan risiko menghidap kanser payudara. Jangan lupa
selitkan teh hijau di dalam diet harian anda mulai hari ini!
Umum mengetahui pengambilan alkohol dan rokok mengundang pelbagai
penyakit. Fakta juga mengesahkan pengambilan alkohol dan rokok
meningkatkan risiko kanser payudara.
Kajian epidemiologi menunjukkan senaman membantu mengurangkan risiko
kanser payudara dan stress. Selain dapat membentuk payudara dengan
cantik, ia juga membantu menganjalkan saiz di samping melancarkan
perjalanan darah di sekitar kawasan payudara.
Payudara perlu diperiksa untuk melihat sebarang perubahan. Kanser buah dada adalah pembunuh nombor satu wanita di Malaysia.
Pengesanan awal dapat memberikan wanita peluang yang lebih besar untuk
pulih. Bagi wanita yang mahukan payudara yang menarik dan sentiasa
sihat, menjaga kesihatan badan adalah sangat penting.
sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2012/10/sayangi-payudara-anda-elak-kanser.html