Monday, 3 February 2014

Kulit mulus bak gadis Jepun

Sudah pasti ramai yang mengetahui kecantikan, kelembutan, kelincinan, kemulusan kulit muka gadis-gadis Jepun. Ramai wanita di luar sana yang cemburu dan ingin mengetahui rahsia kecantikan mereka. Apa yang pasti, antara amalan yang dilakukan oleh gadis- gadis Jepun ini adalah dengan cara kaedah semula jadi sejak turun-temurun lagi.

Pemakanan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C sentiasa diamalkan oleh mereka kerana mereka percaya vitamin C baik untuk kulit dan memiliki khasiat untuk memutihkan kulit.

Selain mengamalkan memakan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C, gadis Jepun juga memanfaatkan azuki iaitu sejenis kacang merah. Mereka menggunakan kacang merah sebagai skrub muka sejak dulu lagi dan hasilnya wajah menjadi lebih halus dan bebas dari jerawat.

Bagi mencegah kedutan, lingkaran hitam di bawah mata dan mengawal pengeluaran minyak, beras merah di gunakan sama kaedah seperti kacang merah. Sumber-sumber ini juga dijadikan sebagai kaedah pengelupasan kulit dengan tujuan menghilangkan sel-sel kulit mati agar kulit muka mereka tampak berseri dan tidak kusam.

Gadis-gadis Jepun ini juga menggunakan Wakame iaitu sejenis alga yang ditemukan di perairan Jepun. Wakame merupakan bahan semulajadi yang terbaik untuk melindungi kulit daripada sinar ultra violet, mencegah kerosakan kulit, mencegah timbulnya kedutan halus dan lingkaran gelap di sekitar mata. 
Jadi, jom cantik persis gadis Jepun! 

sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2013/01/kulit-mulus-bak-gadis-jepun.html