Sesetengah beranggapan fizikal yang berisi itu sudah memadai asalkan
sihat. Tak kurang juga yang merasakan tembam itu sangat comel.
Walaubagaimanapun sejauh mana istilah sihat yang dimaksudkan? Adakah
tabiat makan anda mengikut garis panduan pemakanan yang tepat? Jika
harapkan comel pada luaran semata sahaja tidak berguna, kerana jika
dibiarkan ia akan membawa padah. Buat wanita obes yang berkeluarga dan
bercadang untuk mendapatkan zuriat, awas! Sekiranya anda kekal dengan
berat anda sekarang, berita buruk menanti anda!
Obesiti merujuk kepada individu yang mempunyai berat badan sebanyak 30 peratus lebih daripada sepatutnya. Masalah ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja terutama bagi mereka yang kurang melakukan aktiviti, mengamalkan pemakanan tidak sihat dan menghadapi masalah kesihatan.
Kajian oleh penyelidik dari jabatan Obstetrik, Gibekologi dan Biologi Reproduktif Universiti Michigan Amerkka Syarikat,Barbara Luke mendapati wanita obes berisiko sebanyak 28 peratus berdepan dengan kesukaran mendapatkan zuriat. Dan sekiranya hamil, kandungan mereka tidak akan bertahan sehingga ke peringkat kelahiran.
Manakala untuk kes berjaya pula, jumlah kelahiran pra matang turut sama meningkat.
Barbara melakukan kajian ke atas hampir 50,000 wanita menggunakan teknologi reproduktif.
"Wanita gemuk sukar untuk hamil kerana tubuh mereka tidak bersedia untuk pembesaran janin melainkan mereka berjaya menurunkan berat badan seperti yang disarankan oleh doktor serta menjaga kesihatan sebaiknya," ujar Barbara.
Antara persediaan untuk hamil

- Kurangkan berat badan sebelum anda merancang untuk mengandung. Sekiranya anda merancang untuk hamil dalam masa terdekat, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai berat badan ideal yang boleh dicapai melalui diet seimbang dan senaman.
- Pantau pengambilan kalori dan berat badan anda. Sekiranya sudah disahkan hamil, jangan pula anda berdiet untuk menguruskan badan pula dan tidak bermakna juga anda boleh menjamah menu kegemaran tidak sihat anda sebelum ini.
- Konsistensasi dalam senaman adalah perlu meskipun dalam keadaan hamil. Rujuk pakar senaman dan doktor untuk mengetahui senaman yang sesuai untuk anda.
- Amalkan gaya hidup sihat dan berhentilah merokok dan meminum minuman keras (alkohol). Sentiasa beringat bahawa berat badan adalah satu perkara mustahak yang wajar diberi perhatian.