Lina mempunyai masalah berat badan yang serius, tetapi dia bukanlah
satu-satunya manusia yang berada dalam keadaan sedemikian. Rashid, Hakimi,
Farah dan ramai lagi manusia lain di seluruh dunia mungkin sedang mengalami
masalah yang sama. Bahkan jumlahnya juga semakin meningkat!
Manusia mula menjadi lebih berisi dan kadar obesiti
mula melonjak secara mendadak pada awal tahun 1980-an, ia melanda seluruh dunia
dalam tempoh yang cepat. Negara-negara seperti Mexico, Mesir dan Arab Saudi
merupakan ‘rumah’ kepada mereka yang mengalami masalah obesiti di dunia.
Kajian menunjukkan, dua pertiga daripada keseluruhan penduduk Amerika
Syarikat, Britain dan Australia mempunyai masalah berat badan berlebihan,
sekali gus mengungguli senarai obesiti dunia.
Purata lelaki dan
wanita di negara-negara ini telah memuncak dalam dua dekad lalu kepada lapan
kilogram (kg) yang mana berat bersamaan dengan sebuah beg pakaian sederhana)
dan lemak selalunya terkumpul di kawasan perut.
Dan kini, Malaysia
juga tidak terkecuali menjadi tuan rumah kepada masalah obesiti. ‘Tsunami’
obesiti yang melanda kita memerlukan langkah pengawalan dan harus di hentikan
segera!!
Obesiti merebak
seperti virus, malahan lebih merbahaya. Berada di luar kategori berat badan
ideal bukanlah satu perkara yang aneh, malah diterima secara sosial.
Memiliki perut
buncit yang kelihatan seperti muffin dan dagu yang berlapis adalah fenomena
biasa. Bukan bermaksud untuk menyakitkan hati sesiapa, tapi jelas obesiti
adalah tidak OK, tidak cantik, tidak menarik dan fakta yang paling menakutkan
ialah terlalu berlemak di tempat salah serta memberi kesan amat serius terhadap
kesihatan seseorang.
Pelbagai kaedah
pemakanan dicadangkan oleh pakar turut menemui jalan buntu. Bahkan pakar diet
juga menjadi hairan dengan kegagalan penurunan berat badan meskipun telah
mengikuti segala macam prinsip sains seperti jumlah kalori dan pengambilan
makanan rendah lemak.
Tidak seimbang
Dalam pada itu,
kempen menentang lemak mendapat sambutan hangat dalam kalangan orang ramai,
dalam erti kata lain ramai yang kini memilih ke arah makanan bebas lemak dan
produk-produk diet kurang lemak. Namun sebaliknya, kita menjadi lebih berisi
daripada menjadi lebih kurus.
Saya juga adalah
salah seorang mangsa diet rendah lemak. Dahulunya, saya merupakan seorang
pelajar perubatan yang kurus dan hasil diet rendah lemak telah menjadikan saya
seorang yang gemuk dengan paras gula yang tidak seimbang dan hampir mendapat
penyakit jantung.
Diet rendah lemak
yang saya amalkan bukannya membuatkan saya lebih sihat, tetapi sebaliknya!.
Setelah menemui
formula berkesan ini barulah saya faham sebabnya. Saya yakin ramai orang telah
menghabiskan ribuan ringgit mengunjungi pusat-pusat pelangsingan tanpa kesan.
Dalam keterujaan kita mahu melawan obesiti, kita sanggup melakukan apa sahaja!
Program Marissa
Slimway ialah penawar kepada masalah ini. Ia merupakan rumusan saintifik yang
dikaji bertahun-tahun oleh pengasasnya iaitu saya sendiri dan kini
diperkenalkan kepada anda dalam bentuk yang mudah difahami dan dilakukan dengan
jaminan 100 peratus berkesan.
Program Marissa
Slimway adalah telus, saintifik dan merupakan jalan penyelesian kepada masalah
anda. Inilah adalah program yang anda cari selama ini.
Dalam bengkel kami
juga, anda akan mendapat panduan tentang lima perkara asas yang bakal mencetus
perubahan besar pada berat badan sekali gus mencapai cita-cita anda selama ini
untuk menjadi kurus dan sihat:
1. Bagaimana memilih
upplement yang membuka pintu sel lemak.
Pemilihan suplemen
yang tepat membantu enzim dan hormon bekerja. Banyak keluhan mengatakan, “Saya
makan sedikit namun berat badan naik dengan cepat,”.
Ya. Apabila enzim
dan hormon tidak bekerja kita akan mengalami masalah metabolisme rendah dan
sukar untuk kurus.
2. Membaiki tahap
hormon semulajadi.
Hormon semulajadi
seperti hormon tiroid dan adrenal sangat penting dalam membakar lemak. Oleh itu,
kehadiran asid amino yang sesuai akan membantu untuk mempercepatkan pembakaran
lemak tersebut.
Mengapakah ramai
yang mengalami obesiti bermasalah lemak pada perut dan punggung? Bagaimana pula
lemak yang berkumpul pada muka? Hal ini membuktikan hormon yang menghasilkan
lemak berkumpul pada tempat-tempat tertentu.
3.
Teknik menghapuskan selulit.
Selulit merupakan
lemak keras dan kehadirannya mencetus rasa yang tidak cantik dan kelihatan
hodoh.
4.
Pemakanan ketogenik.
Apakah makanan
yang membakar lemak? Apakah makanan yang mempunyai kesan serius kepada kita?
Dapatkan resipi istimewa yang kami sediakan untuk anda.
5.
Senaman ketogenik.
Senaman haruslah
sesuai dengan bentuk tubuh dan jenis hormon seseorang bagi mendapatkan hasil
memuaskan.
sumber : utusan.com.my