Sunday 30 April 2017

Pokok ajaib didakwa bantu 
penduduk tingkat kesihatan

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. BOLEH MOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

Mazidah Awang Kecik menunjukkan buah pokok ajaib yang dipercayai dapat mengubati pelbagai jenis penyakit di rumahnya di Kampung Serian, Gua Musang, Kelantan, kelmarin. UTUSAN/Aimuni Tuan Lah

GUA MUSANG 24 April – Pokok ajaib atau nama saintifiknya Syn­sepalum Dulcificum semakin men­dapat perhatian penduduk ka­wasan ini kerana dipercayai dapat membantu mengawal pelbagai penyakit.

Bagi penduduk Kampung Serian di sini, mereka menjadikan pokok herba itu sebagai pokok yang wajib untuk ditanam di sekitar kawasan rumah kerana ia boleh digunakan untuk meningkatkan tahap kesihatan.

Seorang penduduk, Che Mat Senik, 64, berkata, pokok yang dikenali sebagai buah jin dalam kalangan penduduk itu dapat menghasilkan buah sepanjang tahun.

Katanya, selepas empat tahun ditanam, pokok itu akan mengeluarkan buah yang berbentuk bujur berwarna hijau dan berubah menjadi merah terang apabila masak.

“Buah ini sebenarnya tawar, namun selepas dimakan akan berasa manis. Rasa manis itu juga akan dirasai sehingga lebih dua jam selepas kita makan buah tersebut.

“Buah pokok ini bukan sahaja boleh membantu mengawal pe­nyakit, malah dapat menahan kesakitan seperti luka. Daunnya pula boleh mengurangkan sakit gigi dengan hanya mengunyah­nya,” kata Che Mat ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Mazidah Awang Kecik, 54, berkata, dia mula menanam pokok tersebut sejak tahun 2010.

Katanya, dia mendapatkan be­nih anak pokok ajaib yang dijual pada harga RM20 daripada orang kampung.

sumber : utusan.com.my