Tuesday, 4 March 2014

Petua untuk sentiasa tampak jelita

Posted by TUPAI

Ada lagi di antara anda yang masih mengamalkan petua – petua yang di pelajari daripada keluarga. Petua tradisional seperti lendir bunga raya untuk rambut lebat amat biasa kita dengar. Namun ada beberapa petua di bawah tidak biasa kami dengar.

Di sini kami senaraikan beberapa petua kecantikan yang popular. Jangan terkejut ya dengan petua yang agak pelik bunyinya.

MATA



Timun menyegarkan mata
Timun mengandungi air yang mampu membuatkan mata yang letih kembali segar. Caranya, potong timun yang disimpan di dalam peti ais dan letakkan pada mata sebelum tidur. Elakkan memotong terlebih dahulu sebelum di simpan. Ini akan membuatkan timun itu kering.

Uncang teh atasi keletihan mata
Jangan buang uncang teh yang sudah dipakai. Letakkannya di mata terlebih dahulu selama 10 minit untuk mengatasi keletihan mata. Petua ini jarang kita dengar. Namun, ia agak popular di kalangan wanita United Kingdom.

Sudu sejuk mengurangkan bengkak pada mata
Anda cuma perlu sejukkan sudu besi semalam. Keesokan pagi letakkan sudu sejuk tersebut di kelopak mata sebelum anda bersolek. Kesannya, bengkak pada bawah mata anda tidak jelas kelihatan. Kalau anda hendak tahu, petua ini juga di amalkan oleh Miranda Kerr, model popular Victoria Secret.

RAMBUT



Cuka untuk rambut sihat
Bunyinya agak pelik, namun ia berkesan. Apa yang anda perlu buat, bilas rambut anda dengan cuka selepas bersyampu. Anda tidak perlulah melakukannya setiap hari. Cukup sekadar seminggu sekali ya.

Vaseline atasi rambut mengerbang
Sememangnya kita sudah sedia maklum bahawa Vaseline amat bagus untuk kulit. Namun pernahkah anda mendengar Vaseline digunakan untuk mengatasi rambut mengerbang? Cuba lah, siapa tahu mungkin berhasil.

Sos Tomato untuk rambut berwarna
Pernahkah anda ke salun untuk mewarnakan rambut tetapi hasilnya kurang memuaskan dan anda perlu ke salun selepas 3 hari untuk membetulkan kembali warnanya. Leceh bukan? Ada pihak mendakwa, dengan melumurkan sos tomato selama 30 minit ke rambut anda boleh memiliki kembali warna rambut itu. Petua ini juga pernah di amalkan oleh Siena Miller.

KAKI



Pakai stoking ketika tidur untuk kaki licin
Sebelum tidur, sapukan krim pelembap pada kaki dan tidur menggunakan stoking.

Cukur bulu kaki dengan perapi rambut
Jika anda alergi dengan produk pencukur tertentu, perapi rambut mungkin berkesan untuk anda yang sering mengalami kegatalan kulit kaki selepas bercukur.

Pedicure ikan
Anda boleh mendapatkan khidmat ini di kedai refleksologi yang ada menawarkan rawatan kaki. Ikan – ikan kecil ini akan memakan sel-sel mati pada kaki anda. Cuma anda perlu tahan rasa geli ketika ikan – ikan ini mengigit ya.

ANGGOTA BADAN YANG LAIN

Soda bikarbonat untuk gigi putih
Campurkan satu sudu kecil soda bikarbonat dengan ubat gigi anda. Hasilnya, gigi akan lebih putih.

Gincu sebagai pemerah pipi
Jika anda kehabisan pemerah pipi dan belum sempat membelinya, calitkan sedikit gincu pada pipi dan ratakan.

Mandi air sejuk untuk payudara tegang
Ada wanita mempercayai bahawa dengan mandi air sejuk, payudara mereka akan sentiasa tegang. Bukan sahaja payudara, malah seluruh anggota badan juga.