Kanak-kanak yang tembam dan montel sememangnya comel tetapi adakah
mereka sihat? Kebanyakan ibu bapa di Asia juga mudah ghairah untuk
melihat badan anak mereka menjadi lebih berisi atau dalam definisi
mudahnya, gemuk.
Bayi atau kanak-kanak yang montel lagi tembam nampak sihat dan sangat comel. Jadi, tidak hairanlah jika ramai ibu bapa bersungguh mahukan anak mereka makan banyak agar cepat gemuk.
Kanak-kanak akan termasuk dalam kategori obes jika berat badannya dua kali ganda daripada berat yang sepatutnya. Kajian menunjukkan bahawa sekiranya obesiti di kalangan kanak-kanak tidak dibendung awal, 70 peratus daripada mereka akan terus membesar menjadi orang dewasa yang gemuk.
Apapun, kegemukan kanak-kanak sering dipandang ringan meskipun masalah ini mungkin akan mengganggu perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak berkenaan.
Kanak-kanak biasanya belajar makan daripada orang-orang di sekeliling mereka terutamanya ibu bapa. Atas alasan ini, ibu bapa perlulah mengamalkan tabiat pemakanan yang baik agar anak-anak boleh mencontohi corak pemakanan tersebut. Pengambilan makanan yang berlebihan oleh kanak-kanak hanya akan menyebabkan mereka menjadi obes. Biasanya kanak-kanak yang gemuk akan makan banyak kerana mereka perlukan lebih tenaga untuk bergerak. Jadi, untuk mengelakkan anak makan tanpa henti, anda mesti memantau pengambilan makanan mereka.
Ibu perlu mengikut panduan diet yang sepatutnya supaya isu anak gemuk yang kini menjadi masalah utama dalam kalangan pelajar di negara ini dapat diatasi. Penyediaan makanan yang betul dan mendidik tabiat makan yang sempurna bermula sejak kecil lagi dan ibu bapa bertanggungjawab ke arah pembentukan itu.
Secara normalnya, fizikal anak adalah gambaran kepada keadaan fizikal ibu bapa. Tabiat pemakanan sekeluarga juga amat mempengaruhi kesihatan kita. Menjadi sifat anak untuk meniru dan menerima apa saja makanan pemberian ibu.
Justeru, ibu harus ingat semuanya bermula daripada tangan kita dan sentiasa berjaga-jaga serta prihatin dengan jenis makanan yang diberikan kepada anak bagi mengelakkan masalah berat badan berlebihan. Bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga bermasalah kegemukan, anda perlu lebih memandang berat pengambilan makanan dalam kalangan anak sejak kecil. Ini kerana kanak-kanak yang gemuk sejak kecil berpotensi tinggi untuk terus berkeadaan begitu apabila dewasa kelak. Dengan itu, wajar mengambil langkah pencegahan sebelum masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung menyerang.
Pengambilan makanan kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan secara berkala juga baik untuk kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti kerana makanan tersebut mengenyangkan dan rendah lemak. Selain makanan, air yang diambil oleh kanak-kanak obes juga perlu dikawal. Ibu bapa perlu mengehadkan pengambilan minuman manis oleh anak mereka. Hal ini adalah kerana rasa manis menggalakkan sesuatu makanan itu dimakan dengan lebih cepat.
sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/
By Azwa Iela | Tupai