Tanganyika , Afrika Timur pada tahun 1962 dilanda sebuah wabak ganjil yang disebut mass psychogenic illness ( MPI ) atau wabak ketawa . Bermula 30 Januari 1962 , ketika 3 pelajar perempuan
yang sedang belajar di kampung Kashasha mulai tertawa
hingga mengeluarkan airmata . Tindakan pencegahan gagal dan
akhirnya membuat 95 pelajar lain terjangkit. Sebuah wabak yang
ganjil mungkin, tapi ianya benar terjadi.
Sasaran dari wabak
ini kebanyakan adalah perempuan muda usia sekolah kususnya usia
sekolah mengeah pertama. . Central African Journal of Medicine
1963 , volum 9 melaporkan bahawa pada bulan April dan Mei
sekurang-kurangnya tercatat telah 10.000 orang yang terkena
serangan wabak ini . Dengan ciri tertawa kemudian menangis
selama beberapa minit atau jam , rehat , dan kemudian balik
lagi .
Tidak ada kelainan yang ditemui para doktor ,
selain kelainan pada system saraf pusat , pada pupil mata
yang menjadi lebih sensitif terhadap sinar , juga otot tendon
yang membesar . Tapi dari laporan yang masuk, tak ada akibat
parah seperti kematian yang ditimbulkan wabak yang berlangsung
selama 18 bulan ini .
Meski usaha telah dilakukan oleh
para pakar untuk mencari sebabnya , namun tak satu
penjelasan saintifik yang mampu diberikan . Pelbagai spekulasi
berkembang antara lain , wabak ini terjadi akibat radiasi
percubaan nuklear , juga ada yang mengatakan bahawa telaga
di kawasan itu telah diracuni orang .
Dan kerana tidak
ada kesimpulan saintifik yang boleh di capai , maka para
ahli hanya mengatakan bahawa wabak ini hanyalah wabak budaya
saja . Apa lagi salah satu ciri dari wabak ini adalah
pesakit merasa dikejar oleh sesuatu yang tak dapat
dijelaskannya .
Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/