Sunday 20 April 2014

Gastrik, penyakit ringan tapi boleh mematikan

GASTRIK, penyakit ringan tapi boleh mematikan.

Gastrik adalah sejenis penyakit yang sering dihidapi oleh kebanyakan orang di seluruh dunia. Penyakit ini sangat mudah dialami oleh setiap orang kerana punca utamanya adalah sikap lalai seseorang dalam menjaga waktu makannya.

Gastrik berlaku apabila dinding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastric yang dhasilkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Ketika kita berasa lapar atau badan memerlukan makanan, perut akan merembeskan asid gastric ini. Jika tidak terdapat makanan di dalam perut maka asid in i akan menghakis dinding permukaan dalam perut. Proses ini berlaku berulang kali dalam masa berbulan atau bertahun sehingga dinding perut menjadi nipis, sebelum kita mengalami gastric atau gastritis ini.

Jika anda merasa sakit ulu hati, Rasa mual, Rasa perut kembung , muntah maka anda sebenarnya sudah mengalami symptom-simptom penyakit ini. Untuk peringkat awal ia tidaklah begitu berbahaya. Namun jika t idak dicegah maka penyakit ini akan menjadi semakin serius sehingga anda bisa mengalami muntah darah.

Seseorang yang tidak menjaga waktu makan dengan teratur atau sering mengalami tekanan atau stress akan menyebabkan perut mengeluarkan asid gastric lalu menghakis dinding perut. Manakala merokok, mengambil ubat penahan sakit dalam jangka waktu lama, bisa menghakis dinding perut. Gastrik ini juga disebabkan oleh bacteria iaitu Helicobacter Pylorii yang bertindak menghakis dinding bahagian perut. Semua keadaan ini adalah punca utama timbulnya penyakit gastric.

Untuk mengelakkan penyakit ini, sebaiknya anda harus mengambil makanan pada waktunya atau jika merasa lapar. Jangan mengambil ubat penahan sakit untuk jangka waktu yang lama. Selain itu cuba kurangkan stress dan jangan merokok.

Namun kepada anda sudah mengalami penyakit ini, jangan risau kerana ia adalah penyakit yang boleh disembuhkan dan tidak perlu bergantung pada ubat. Apa yang harus anda lakukan adalah displinlah dalam tindakan usaha anda untuk menyembuhkan penyakit ini. Anda harus benar-benar menjaga waktu makan yakni makan secara teratur. Jangan makan makanan yang pedas dan masam.Elakkan juga minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe serta minuman berkarbonat. Yang paling penting bijak mengawal stress dan berhenti merokok. Mudahkan?

Sekiranya anda lalai untuk merawat penyakit ini, keadaan anda akan menjadi lebih parah. Jangan hairan jika tiba-tiba anda mengalami muntah darah. Pada waktu ini anda harus menjalani operasi untuk mengikat semula dinding perut yang telah pecah. Yang anda perlu tahu keadaan ini boleh membawa maut kepada anda.

Jadi, jangan pandang ringan pada penyakit Gastrik/Gastritis. Awali langkah dengan mencegah penyakit ini kerana itu lebih mudah daripada mengubati.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/