Apabila sebut pasal tidur, kita mesti terbayang waktu untuk merehatkan
otak dan badan lepas penat bekerja. Namun, bolehkah tidur lena jika
pasangan kita atau rakan serumah berdengkur? Ada kala kita juga tidak
tahu, mungkin selama ini bunyi dengkur diri sendiri yang macam enjin
'turbo' itu mengganggu tidur orang lain.
Walaupun ia dianggap perkara biasa atau lumrah di kalangan lelaki, namun ia tidak boleh dipandang remeh kerana jika ia berlarutan, itu bermakna seseorang itu terdedah kepada penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.
Berdengkur menyebabkan seseorang itu tidak lena tidur malam dan sering berjaga pada waktu malam kerana pernafasan tersekat. Punca dengkur ini bukan sebab penat terlampau yang seperti yang kita fikirkan. Dengkur terjadi disebabkan ada halangan pada saluran pernafasan, juga mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin juga faktor habuk atau alahan.
Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) bergetar. Getaran inilah yang menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.
Bagi kanak-kanak, dengkuran disebabkan hidung tersumbat atau alahan, bengkak pada tonsil dan adenoid (daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung).
Masalah menjadi lebih teruk jika terdapat masalah jangkitan kuman di hidung dan tekak seperti selesema. Ada juga kanak-kanak yang berdengkur sejak dilahirkan kerana peti suaranya belum matang. Bagi orang dewasa, berdengkur terjadi disebabkan masalah di hidung.
Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur. Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.
Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur. Langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan.
Apa pun jenis penenang, sama ada pil tidur atau apa saja produk ubatan bertujuan menenangkan, ia boleh menyebabkan dengkur kerana ia mengganggu sistem saraf, seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih.
Lakukan diagnosis skor untuk mengetahui tahap dengkur. Masukkan kamera dari hidung ke peti suara untuk melihat tahap serius dengkuran pesakit. Hantar pesakit 'sleep study', kerana ada sebuah mesin yang mengesan dengkuran ketika pesakit tidur. Ia mengesan pergerakan tangan, kaki dan oksigen di dalam badan dan gelombang otak sewaktu tidur.
Pembedahan dilakukan tetapi ia bergantung kepada punca yang menyebabkan dengkuran. Terdapat sejenis mesin yang membantu membekalkan oksigen untuk mereka yang obes atau tidak mahu menyelesaikan masalah itu menerusi pembedahan.
Masalah berdengkur boleh membawa kepada kemalangan kerana orang berdengkur tidak mendapat tidur berkualiti. Ketika memandu, mereka mudah terlelap terutama ketika berhenti di lampu isyarat. Ia turut menjejaskan hubungan kelamin suami isteri berikutan salah seseorang mudah penat akibat tidur tidak cukup. Ada juga yang mengambil keputusan tidur berasingan kerana tidak tahan mendengar bunyi dengkuran pasangannya.
Oleh itu, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan rawatan jika masalah dengkur ini tidak berkesudahan dan menjadi lebih parah.
sumber dari: https://my.entertainment.yahoo.com/
By Azwa Iela | Tupai