Selain "stretch mark", satu lagi masalah kulit yang menghantui anda ialah selulit. Selulit merupakan lemak pada kulit yang bercantum dengan kolagen. Biasanya terdapat pada paha, punggung dan tangan. Adakalanya turut kelihatan pada betis.
Lazimnya, golongan wanita lebih ramai yang mengalami masalah sesulit berbanding lelaki. Ini kerana sel lemak pada kulit lelaki agak jauh daripada lapisan atas kulit.
Menghilangkan selulit adalah perkara yang agak mustahil. Walaupun dengan menggunakan rawatan yang mahal menggunakan mesin canggih
Lagi satu, daripada anda membazir, ada
baiknya gunakan bahan-bahan yang jauh lebih murah. Bahan yang saya
maksudkan ialah serbuk kopi.
Kandungan kafein pada kopi mampu memperbaiki aliran darah, mempercepatkan pengelupasan sel-sel kulit mati dan menghaluskan kulit.
Apa yang lebih baik ia berfungsi mengurangkan timbunan lemak yang membuatkan kulit anda kelihatan agak jingga!
Baiklah, bahan-bahan yang anda perlukan;
- 2 cawan serbuk kopi
- 1/2 cawan gula ataupun garam laut (pilih 1)
- 2-3 sudu besar minyak urut (massage oil)
Caranya:
- Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas.
- Kacau sampai sebati.
- Lulur atau sapukan campuran tadi ke seluruh tubuh anda.
- Sambil itu, urutlah secara lembut tubuh anda. Terutamanya pada bahagian yang ada selulit.
- Urutan ini bagus untuk membebaskan sel-sel lemak yang terperangkap dan seterusnya mengurangkan selulit.
- Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air suam.
Amalkan cara hilangkan selulit dengan kopi ini beberapa kali seminggu hingga anda berpuas hati dengan hasil yang diperoleh.
Produk pilihan. KLIK pada IMAGE untuk keterangan lanjut.
Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/