Kebelakangan ini, saya nampak kempen kesedaran mengenai demam denggi semakin aktif. Antaranya kita boleh dilihat melalui iklan Nuffnang. Sebelum ini, dalam kempen churpchurp pun ada. Saya percaya jika strategi yang digunakan dapat dihayati masyarakat, ia pasti mendapat tindakbalas yang positif.
Demam denggi berpunca daripada penyebaran virus denggi oleh nyamuk Aedes
betina. Ia kemudiannya merebak melalui gigitan nyamuk Aedes individu
yang telah dijangkiti virus denggi kepada individu lain yang sihat.
Berikut adalah 9 tanda kita telah digigit nyamuk Aedes;
Cirit-birit
Demam secara mengejut
Loya dan muntah-muntah
Ruam dan gatal-gatal
Ruam Akibat Denggi
Sakit bahagian belakang biji mata
Sakit kepala yang teruk
Sakit otot dan sendi yang teruk
Sakit perut
Sakit pinggang yang teruk (demam tulang pecah)
Tanda-tanda di atas biasanya akan dirasai sekitar 5 atau 6 hari selepas
terkena gigitan. Sekiranya mengalami mana-mana tanda di atas, segeralah
berjumpa doktor. Selain itu, banyakkan minum air masak atau air mineral
yea.