Monday, 28 October 2013

Tips mudah untuk elak penambahan 100 kalori setiap hari


Mengurangkan berat badan bukannya senang. Tetapi ia boleh menjadi mudah jika anda fokus untuk membuang 100 kalori setiap hari. Anda cuma perlu bersabar, dan lihatlah hasilnya.

Dibawah, kami kongsikan beberapa tips untuk membuang sekurang- kurangnya 100 kalori. Cuba praktikkannya. Mana tahu ia berkesan.

Makan buah Oren

Makan buah oren adalah lebih baik daripada minum jus terutamanya jus yang anda beli di pasaraya. Gula yang terdapat dalam jus mengandungi tahap kalori yang tinggi.

Elakkan Mayonis

Mayonis memang lazat. Lagi – lagi jika di makan bersama sandwic atau burger. Cuba tukar mayonis itu dengan mustard. Mustard dikatakan lebih sihat daripada mayonis.

Makan roti gandum

Anda boleh sahaja makan roti kegemaran anda. Tapi lebih elok jika anda memilih roti gandum atau 'whole-grain bread'. Ini akan mengelakkan penambahan berat sebanyak 100 kalori setiap hari.

Minum kopi atau teh tanpa gula dan krimer

Anda tidak perlu berhenti ketagihan anda terhadap the atau kopi. Elakkan minum kopi atau teh yang dicampurkan dengan gula dan krimmer. Jika anda seorang yang menyukai kopi atau the susu, digalakkan supaya anda menggunakan susu segar tanpa lemak ya. Pasti lebih sihat.

Kurangkan makanan berminyak

Elakkan makan makanan yang bergoreng, terutamanya pada waktu makan malam. Jika anda ingin memasak sayur – sayuran, adalah lebih sihat jika anda tidak mengguna minyak yang banyak. Satu sudu minyak mempunyai 120 kalori.