Astrologi mengatakan bahawa terdapat satu hubungan antara bintang zodiak
dan masalah kesihatan anda dan menasihati untuk bersenam mengikut
zodiak masing-masing. Periksa horoskop senaman anda di bawah dan
pelajari bagaimana untuk bersenam dengan lebih berkesan dengan latihan
yang terbaik mengikut bintang.
Horoskop senaman untuk Aries
Bersenam adalah semulajadi bagi anda. Anda sukakan persaingan, tetapi
pastikan anda tidak terlalu bersaing. Aktiviti-aktiviti yang sesuai
termasuklah seni mempertahankan diri, bertinju, bola sepak, berbasikal
lasak, angkat berat, serta aktiviti-aktiviti luar, seperti tenis dan
'skydiving'.
Horoskop senaman untuk Taurus
Bagi Taurus, anda cenderung untuk melihat senaman sebagai kerja rumah.
Namun, anda perlu bersenam untuk mengelakkan kenaikan berat badan dan
bersenam mengikut tanda bintang boleh menjadikannya lebih menyeronokkan.
Pertimbangkanlah aktiviti-aktiviti luar seperti berjoging, tenis atau
'skydiving'. Selain itu, berjalan atau berbasikal juga idea yang bagus.
Horoskop senaman untuk Gemini
Untuk bintang Gemini, cara terbaik untuk bersenam adalah dengan
mengelakkan rutin senaman tegar. Sebagaimana muzik dan interaksi sosial
memberi motivasi kepada anda, anda disyorkan lakukan gimnastik atau
menari aerobik. Gemini seorang yang suka bersosial, jadi anda akan lebih
selesa bersenam dengan rakan seperti sukan tenis, badminton atau
Frisbee. Paru-paru adalah salah satu daripada kawasan sensitif anda,
jadi elakkan pernafasan yang pendek.
Horoskop senaman untuk Cancer
Anda tertarik dengan air secara semulajadi, jadi semua sukan air sangat
baik untuk anda termasuk juga berlari di tepi pantai. Pergerakan badan
dalam air adalah cara yang baik untuk menguatkan otot anda dan rehat
dalam elemen semulajadi anda. Tambahan lagi, bintang Cancer suka makanan
yang baik, jadi pastikan kekal aktif setiap hari untuk mengekalkan
berat badan ideal.
Horoskop senaman untuk Leo
Kunci utama untuk bersenam bagi si bintang Leo ialah dengan menimbangkan
titik lemah anda. Anda perlu mengukuhkan sistem peredaran darah yang
mana boleh dibantu dengan berjalan atau berjoging dengan menghirup udara
segar. Seharusnya bersenamlah secara kerap, tetapi cuba untuk tidak
keterlaluan. Selain itu, senamrobik atau menari bersama pasangan juga
kelihatan sesuai dengan anda.
Horoskop senaman untuk Virgo
Si bintang Virgo kebanyakannya sangat sibuk seperti lebah, jadi anda
tidak akan mempunyai masalah untuk kekal 'fit'. Tenaga anda sangat
banyak, jadi sukan lasak seperti berbasikal atau mendaki kelihatan biasa
untuk anda. Walaubagaimapun, anda juga haruslah tahu bagaimana untuk
berehat. Amalkanlah yoga atau meditasi untuk melepaskan tekanan yang
terpendam.
Horoskop senaman untuk Libra
Bersenam di dalam kelab kesihatan yang mewah adalah latihan yang terbaik
untuk Libra. Di samping itu, carilah rakan gim yang boleh membantu
kerana bersosial tidak akan mengalih perhatian anda daripada bersenam.
Aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan pasangan seperti tenis, menari
atau belayar akan memberikan kesan yang terbaik untuk anda.
Horoskop senaman untuk Scorpio
Dalam kes anda, cara terbaik untuk bersenam adalah dengan mencari
aktiviti kecergasan yang boleh membantu anda melepaskan tekanan. Pilihan
yang terbaik ialah dengan melibatkan tinju, seni mempertahankan diri
atau berjalan jauh. Anda mungkin memerlukan aktiviti santai seperti
bernafas dalam-dalam atau berjoging perlahan.
Horoskop senaman untuk Sagittarius
Sebagai tanda Centaur, senaman yang bagus untuk anda semestinya
menunggang kuda. Namun, jika tiada kuda, anda juga boleh melakukan
senaman yang serupa dengannya seperti berbasikal atau ski. Bintang
Sagittarius seorang yang mudah mendapat kecederaan, jadi berhati-hati
apabila melakukan sukan yang lasak. Tambahan pula, berlatih untuk
sesuatu pertandingan akan meningkatkan motivasi anda.
Horoskop senaman untuk Capricorn
Untuk anda, si bintang Capricorn, cara terbaik untuk bersenam adalah
mendaki atau memanjat bukit. Selain itu, berjoging, berjalan, dan
berbasikal juga baik untuk anda. Namun, berhati-hati dengan lutut anda
kerana ia merupakan titik lemah anda.
Horoskop senaman untuk Aquarius
Manakala untuk Aquarius, sama seperti Gemini, cara terbaik untuk anda
bersenam adalah dengan mengelakkan aktiviti rutin. 'Skydiving' dan sukan
ekstrem adalah pilihan yang menarik. Menari juga baik kerana ia
memerlukan anda untuk berinteraksi dengan orang lain.
Horoskop senaman untuk Pisces
Pisces tidak begitu meminati sukan dan mudah terdedah kepada masalah
kaki, jadi dinasihatkan mengelakkan aktiviti-aktiviti yang lasak.
Seperti air yang merupakan unsur semulajadi anda, sukan air seperti
berenang dan meluncur air amat baik untuk anda. Yoga juga bagus untuk
memberikan keamanan kepada anda.
dipetik dari:- http://www.tupai.com.my/