Bagi anda yang mengalami penambahan berat badan mendadak akibat tabiat makan yang tidak terkawal, mungkin anda tidak tahu bahawa salah satu faktor kenapa anda tidak dapat mengawal adalah kerana tekanan harian yang anda hadapi.
Agak sukar untuk menstabilkan kembali tabiat makan normal apabila sudah sebati dengannya. Malah, anda juga akan sering memungkiri jadual diet anda. Tahukah anda, anda beberapa jenis makanan harian yang dapat membantu anda dalam menangani tekanan.
Di sini kami ingin berkongsi dengan anda cara yang anda boleh amalkan untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi anda.
Emping Jagung /Bijirin Beras Rangup
Walaupun makanan ini rendah gula, namun ia diperkaya dengan vitamin B dan Asid Folid yang dapat membantu anda mengurangkan tekanan. Gantikan tabiat anda memakan makanan ringan atau snek dengan makanan ini. Walaupun anda makan pada waktu malam, anda boleh tidur lena tanpa memikirkan berat badan anda.
Susu
Anda mungkin tahu bahawa susu tinggi dengan anti oksidan, Vitamin B2, B12, Protein dan kalsium. Nikmati emping jagung atau bijirin beras rangup bersama semangkuk susu rendah lemak di waktu pagi sebelum memulakan hari anda. Ia juga merupakan agen anti tekanan yang paling berkesan.
Tuna
Gantikan nasi dengan sandwich tuna untuk makan tengah hari. Tuna tinggi dengan Vitamin B6 dan B12 iaitu Vitamin penting dalam menangani tekanan. Jangan menggunakan mayonis yang banyak dalam penyediaan hidangan tuna. Jika mahu, gantikan Mayonis yang anda biasakan dengan mayonis rendah lemak.
Keju Cottage dan Buah
Keju Cottage kaya dengan protein dan kalsium. Makanan yang tinggi kandungan proteinnya adalah rendah gula dan tidak menyebabkan darah tinggi. Cuba makan Keju Cottage bersama buah yang kaya dengan Vitamin C seperti oren. Anda akan berasa kenyang sepanjang hari.
Pasta dan beras perang
Sekuat mana pun anda untuk cuba mengelak makanan karbohidrat seperti nasi, mungkin ia agak sukar kerana karbohidrat meningkatkan serotonin dalam badan dan memberi kesan tenang dalam diri. Dalam banyak – banyak jenis karbohidrat, pasta dan beras perang terbukti berkesan melegakan tekanan. Ia mengandungi kompleks karbohidrat yang akan memberikan anda tenaga sepanjang hari terutama ketika anda sedang tekanan.
Badam
Inginkan sesuatu untuk mengunyah ketika tekanan di pejabat? Badam merupakan sumber makanan yang bagus dengan vitamin B2, E, Magnesium dan Zat Besi. Seperti vitamin C, vitamin E melawan radikal –radikel bebas yang bercampur dengan stress dan boleh menyebabkan penyakit jantung. Selamat Mencuba!