1) Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide)
 yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya 
memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. 
Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
“Rasulullah
 SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. 
Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan 
beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum 
beberapa teguk air“
Hadis riwayat Ahmad
Makan
 kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita 
perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” 
seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng
 yang lain.
2)  Kaya dengan serat dan potassium
Kurma
 dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah 
terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan 
serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan
 seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, 
dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya 
terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem 
pelawasan.
Selain
 itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. 
Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan 
air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang 
tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan 
kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma
 dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk 
otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.
3)  Penguat memori
Ramai
 yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, 
namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai 
untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih
 ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi
 Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu 
Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur
 lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”
Surah Maryam, ayat 25
Dan
 menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung 
dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan 
pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan 
kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, 
bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).
5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
6) Merawat penyakit
Dalam
 perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya
 direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.
Produk Pilihan 
