Ehh ye ke 7 cara ni betul-betul boleh
kuatkan daya ingatan dengan mudah je? Jangan steptikal, siapa sangka
perkara yang mudah dan senang di lakukan pun boleh terlupa kan?
Secara istilahnya dalam psikologi ,
ia di takrifkan sebagai keupayaan mental untuk mengingat, menyimpan
dan mengekalkan maklumat dalam otak. Tidaklah apa-apa perkara pun
seperti pelajaran, kenangan, nama orang dan sebagainya.
Waku muda ialah waktu di mana daya
ingatan kita sangat kuat dan otak kita mudah menerima informasi. Namun,
fungsinya menurun mengikut peningkatan usia kita. Ia adalah perkara
semulajadi yang akan berlaku kepada semua manusia.
Walaupun begitu, terdapar beberapa cara
mudah dan aktiviti yang membantu anda untuk meningkatkan dan menjaga
daya ingatan serta fungsi otak agar memori yang ada pada anda tidak
mudah di lupakan.
7 Cara Mudah Kuatkan Daya Ingatan
1. Kekalkan fizikal yang aktif
Bersukanlah dan jangan sesekali
tinggalkan aktiviti fizikal ini. Lakukanlah apa sahaja yang anda minati
dan mudah bagi anda seperti berlari, berjalan, bermain bola dan
sebagainya. Ini kerana fizikal yang sihat menjamin akal dan otak yang
sihat, bak kata pepatah arab, “Akal yang sejahtera datang daripada tubuh yang sejahtera”
2. Kekalkan Mental yang aktif dan positif
Penyelidik di Stanford University,
Amerika Syarikat, mendapati bahawa masalah lemah daya ingatan boleh
menurun sebanyak 30-50% hanya dengan melakukan aktiviti latihan mental
seperti teka-teki silang kata, bermain catur, membaca akhbar atau buku,
belajar bahasa, dan menggunakan laluan alternatif ketika memandu.
3. Pemakanan yang seimbang
Diet yang seimbang sihat iaitu kaya dengan nutrien otak seperti Omega 3, vitamin B Complex,
dan antioksidan boleh membantu menjaga otak anda dan mengekalkannya
dalam keadaan optimum. Kesemua nutrisi ini anda boleh dapatkan dalam
sayur-sayuran, buah-buahan dan daging.
4. Menghidu bau rumput
Pernah tak anda berbaring dekat padang
yang luas sambil menghidu bau rumput? Tenangkan? Ini kerana hasil
penyelidikan neuro di Universiti Queensland, Brisbane, mendapati bahawa
bau daripada rumput yang segar akan merangsang dua bahagian otak iaitu amygdala (yang berkaitan dengan emosi) dan hippocampus (yang berkaitan dengan ingatan).
Hasilnya, jiwa anda akan teras tenang dan daya ingatan anda juga akan meningkat!
5. Mengunyah gula-gula getah
Macam pelik jer kunyah gula-gula boleh kuatkan ingatan? Tak
pelik pun. Dua kajian yang dilaporkan dalam jurnal Appetite pada tahun
2002 dan 2004 menunjukkan bahawa bahawa orang yang mengunyah gula-gula
getah semasa ujian pelajaran memberikan keputusan yang lebih baik.
Ini kerana dengan mengunyah gula-gula
getah dapat meningkatkan kadar jantung dan meningkatkan aliran darah ke
otak, seterusnya meningkatkan daya ingatan anda.
6. Mengambil kafein
Walaupun ramai yang memandang buruk pada
kafien ini, tetapi tiada siapa pun yang boleh menafikan kesan kafein
pada kecerdasan dan daya ingatan. Ini berdasarkan Beberapa kajian yang
dijalankan dalam tempoh 5 tahun lepas yang menunjukkan kafein boleh
meningkatkan daya ingatan jangka pendek dan melindungi wanita daripada
kehilangan ingatan.
7. Tidur yang mencukupi
Perlu di ingat, badan anda memerlukan
rehat yang mencukupi setelah penat bekerja. Salah satu cara nak berehat
ialah dengan tidur. Tidur ini bukan sahaja bagus untuk fizikal anda,
malahan amat penting untuk memulihkan fungsi otak anda.
Kenangan jangan mudah dilupakan! - tokeinfo.com/