Saturday, 14 May 2016

6 Jenis Makanan Yang Dapat Mencegah Penuaan Berlaku Dengan Cepat


Setiap orang menginginkan wajah yang sentiasa awet muda dan cantik.  Oleh itu, pelbagai rawatan yang mahal dilakukan.  Awet muda bukan hanya boleh didapati dengan melakukan rawatan yang mahal sahaja tetapi mengubah pola hidup dan pengambilan makanan yang sihat dapat menjaga daya tahan kulit dan tubuh badan daripada radikal bebas serta memperlambatkan proses penuaan.

1. Teh Hijau

Teh hijau mengandungi katakin polifenol yang merupakan antioksidan yang dapat membakar lemak sebagai bahan bakar.  Teh hijau juga sangat sesuai sebagai minuman ketika diet.  Minum teh hijau 3 kali sehari juga dapat membantu menurunkan berat badan dan mencegah penyakit kanser, jantung dan kolestrol yang tinggi. 

2. Bawang Putih

Bawang putih dikatakan sebagai ubat untuk mengatasi penyakit kolestrol yang tinggi, tekanan darah dan kanser.  Kandungan nutrisi dan vitamin pada bawang putih sangat bermanfaat untuk kecantikan kulit seperti vitamin A dan C, kalsium dan zat besi. 

3. Yogurt

Yogurt merupakan antara makanan yang rendah kalori dan mengandungi banyak protein dan bakteria yang baik bagi melancarkan sistem pencernaan.  Yogurt juga mengandungi kalsium, phosphort, riboflavin dan vitamin B12.  Jika anda ingin membeli yogurt sebaiknya memilih yogurt yang tidak mengandungi pemanis buatan atau kadar gula yang tinggi. 

4. Kekacang

Jenis-jeinis kekacang seperti kenari, walnut, gajus dan almond merupakan makanan yang lazat dan mengandungi zat yang tinggi.  Kacang kenari mengandungi kadar omega 3 yang tinggi contohnya ¼ cawan adalah sama dengan 91% dari makanan harian yang digalakkan.  Selain itu, ia juga mengandungi lemak yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan jantung. 

5. Madu

Madu mempunyai manfaat untuk kesihatan kulit dan tubuh badan kita kerana ia mengandungi banyak nutrisi dan vitamin yang dapat menyembuhkan penyakit dan menyihatkan kulit tubuh badan.  Selain itu, madu juga kaya dengan antioksidan yang dapat melindungi tubuh badan kita dari radikal bebas. 

6. Sayuran Hijau

Sayur-sayuran hijau seperti brokoli,bayam dan sawi memiliki kandungan fitokimia yang banyak.  Fitokimia berasal dari tumbuhan yang bermanfaat untuk melindungi badan dari penyakit.  Selain itu, sayuran hijau kaya dengan kandungan nutrien dan vitamin seperti kalsium dan vitamin E.

Kesimpulnnya, terdapat 6 jenis makanan yang dapat mencegah penuaan berlaku dengan cepat.  Oleh itu, untuk  mendapatkan kulit yang awet muda tidak semestinya perlu mengeluarkan wang banyak. Anda hanya perlu menjaga pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Selamat mencuba. - tokeinfo.com/