Monday, 9 May 2016

8 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Wanita


8 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Wanita. Amalan pemakanan yang seimbang perlu dipraktikan oleh semua golongan usia, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Untuk memastikan tahap kesihatan sentiasa terpelihara, wajar untuk kaum wanita tahu akan kelebihan beberapa jenis makanan dan minuman yang baik dan dapat membekalkan tenaga untuk melaksanakan rutin harian yang mencabar dan meletihkan.

Selain itu diet yang seimbang juga membantu membuatkan seseorang wanita itu kelihatan sentiasa awet muda. Bila kesihatan terpelihara, pastilah seseorang individu itu akan sentiasa ceria dan bertenaga kan.

Jika anda adalah seorang yang mengutamakan amalan pemakanan seimbang demi untuk memelihara kesihatan luaran dan dalaman, apa kata anda amalkan pengambilan 8 jenis makanan dan minuman yang tersenarai dibawah ini. 

8 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Wanita

  1. Bijirin Penuh – pengambilan makanan dari sumber bijirin penuh seperti roti gandum dan beras perang dapat membantu mengelak masalah pencernaaan yang kerap dialami oleh golongan wanita.
  2. Protein Soya – makanan seperti mentega, tauhu, susu dan sebagainya yang mengandungi protein soya dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol dan sekaligus memelihara kesihatan jantung anda. Begitu juga dengan pengambilan oat, yang dikatakan antara sarapan yang sangat menyihatkan.
  3. Jus Buah Kranberi – biarpun ramai yang tidak mengemari rasa jus kranberi yang agak masam namun disebalik rasanya itu sebenarnya ia berkhasiat untuk mengelak dari jangkitan saluran kencing kerana ia membantu mencegah bakteria jahat dari melekat pada saluran pundi kencing. Malah ada kajian yang menunjukkan bahawa jus kranberi juga bagus untuk kesihatan kardiovaskular.
  4. Air – pastinya anda sudah sedia maklum, air memang diperlukan oleh tubuh badan. Paling kurang pun kita kena minum 8 gelas air sehari. Selain membantu menyingkirkan toksin, air diperlukan untuk sistem penghadaman, kecantikan kulit dan mengawal berat badan. Jika badan kekurangan air, kita pasti mudah jatuh sakit.
  5. Makanan Yang Mengandungi Folat – buah oren, kekacang dan sayuran seperti asparagus memang tinggi dengan kandungan folat. Makanan jenis ini sesuai diambil oleh wanita yang mengandung. Ia membantu memelihara kesihatan jantung janin.
  6. Makanan Yang kaya Vitamin C – buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan kandungan vitamin C memang elok untuk kesihatan. Antara contoh makanan kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus, sawi, bayam, jambu, brokoli dan sebagainya.
  7. Sayur-sayuran Hijau – bukan semua orang gemar makan sayur, apatah lagi sayuran hijau yang agak pahit rasanya. Namun sayur perlu diambil dalam kuantiti yang lebih kerana mempunyai kandungan khasiat yang tinggi yang dapat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.
  8. Madu – memang tidak boleh dinafikan, madu sangat berkhasiat untuk kesihatan. Madu membantu meningkatkan hemoglobin jadi secara tak langsung ia mencegah dari penyakit anemia yang memang lazim dialami kaum wanita. Selain itu madu juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan dan merawat ulser. - tokeinfo.com/