Wednesday, 23 October 2013

5 Tips mudah untuk 'ibu bergaya'



Adalah sukar untuk para ibu di luar sana untuk kelihatan bergaya setelah melahirkan anak. Terdapat banyak alasan yang diberikan oleh para ibu tentang mengapa mereka tidak boleh bergaya. Antaranya tidak selesa, sudah gemuk, takut terkena muntah anak, tidak cukup tidur dan macam – macam lagi.

Memang betul anda perlu berhati-hati dengan penggunaan manik di baju atau kasut tumit tinggi, tetapi jangan hanya memakai seluar yoga hanya untuk keselamatan anak anda.

Walaubagaimanapun anda kini seorang ibu, ia tidak bermakna bahawa anda tidak perlu kelihatan bergaya. Kelihatan kemas dan rapi sudah memadai.

Pada zaman sekarang tidak ada apa pun yang mustahil. Ia bergantung pada kerajinan anda sahaja. Di bawah terdapat 5 tips bagaimana anda boleh bergaya tanpa ada rasa rimas atau tidak selesa.

Pakai pakaian yang sesuai
Alasan utama kenapa para ibu tidak suka memakai denim kerana ianya tidak selesa. Jika anda berasa tidak selesa ketika memakai, barangkali saiznya terlalu kecil untuk anda. Cari saiz denim yang lebih besar sehingga anda rasa selesa. Jika saiznya tidak berapa kena, anda boleh sahaja hantar ke kedai jahit dan 'alter'.

Miliki beberapa pasang pakaian yang berkualiti
Jika anda berasa selesa dengan jenama, fabrik dan juga harganya, tidak salah untuk anda memiliki beberapa helai pakaian yang sama. Jangan terlalu memanjakan bayi anda sehinggakan diri anda sendiri terabai.

Trendy atau Klasik?
Apabila membuat sesuatu keputusan tentang apa yang harus dipakai, jangan campur adukkan tema mengikut kesukaan anda. Contohnya, tema popular tahun ini adalah 'Color Block'. Pastikan kombinasi warnanya haruslah yang bersesuaian. Anda pasti tidak mahu ditertawakan bukan? Seelokknya, buat sedikit penyelidikan atau 'study' sebelum anda mencubanya. Jika anda seorang yang suka bergaya klasik, berhati-hati pada coraknya pula.

Baju seragam
Baju seragam disini bukanlah bermakna baju unit beruniform ya. Setiap orang akan memakai baju atau fesyen yang telah sebati dengan diri anda. Contohnya, anda sukakan kasual dengan hanya berseluar denim dan t-shirt, anda boleh mengekalkan seperti itu, namun mungkin anda mahu mencuba dengan blouse bercorak, atau kemeja. Bagi pemilihan warna pula, jika warna gelap seperti hitam memberikan anda keselesaan, apa kata cuba warna gelap yang lain pula.

Aksesori
Terpulang pada anda tentang penggayaan aksesori. Cuma dinasihatkan supaya pilih aksesori yang bersesuaian dengan stail anda, dan pastikan anda tidak memakai aksesori yang bayi anda boleh tercekik.