7 Mitos tentang rambut dibuktikan tidak benar
By Nurfarrahin Huda Izamir | Tupai
Kita sering tertanya betul atau tidak petua tradisional penjagaan rambut
yang diwarisi daripada generasi lebih tua dari kita. Di sini, kami
menyenaraikan 10 mitos popular tentang rambut yang dibuktikan tidak
benar sama sekali.
# Mitos 1: Mencabut uban membuat ia tumbuh lebih banyak
Setiap folikel rambut yang dicabut akan menghasilkan satu rambut baru
tak kira warna apa sekalipun. Mencabut uban juga tidaklah satu idea yang
baik. Ya, kami faham perasaan anda apabila mempunyai uban lagi – lagi
di kala usia muda, namun cuba fikirkan, terlalu banyak mencabut boleh
menyebabkan botak.
# Mitos 2: Keluar rumah dengan rambut basah boleh membuatkan anda jatuh sakit
Mitos ini sering kali didengari daripada ibu atau nenek anda bukan?
Selesema, demam atau penyakit lain berpunca daripada pathogen udara
seperti virus dan bakteria. Keluar rumah dalam keadaan rambut basah
tidak akan membuatkan anda jatuh sakit.
# Mitos 3: Bilas rambut dengan air sejuk untuk menutup kutikel rambut yang terbuka
Menurut ahli kimia kosmetik, Randy Schuller , terbuka dan tertutupnya
kutikel rambut anda tidak ada kena mengena dengan suhu air. Air itu
sendiri boleh menyebabkan rambut anda kelihatan tidak bermaya dan
pengering rambut boleh membuatkan ia menjadi lebih teruk. Secara
literal, banyak sebab yang membolehkan rambut rosak samada secara
fizikal atau daripada bahan kimia. Perapi rambut mungkin dapat membantu
tetapi bukan air sejuk.
# Mitos 4: Anda tidak boleh mewarna rambut ketika hamil
Jangan panik semua, pakar perubatan Cynthia Gyamfi Bannerman daripada
Hospital New York memberitahu bahawa pewarna rambut adalah selamat
ketika mengandung. Tempoh organogenesis (pembentukan awal organ – organ
bayi) biasanya mengambil masa kira – kira 10 minggu kehamilan dimana ia
lebih baik tunggu selepas trimester pertama jika ingin mewarna rambut.
Dengan cara ini, hanya sedikit sahaja bahan kimia yang diserap ke dalam
salur darah. Pada ibu mengandung yang mewarnakan rambut sendiri di
rumah, pastikan anda memakai sarung tangan dan duduk di kawasan yang
mempunyai aliran udara yang baik.
# Mitos 5: Mencuci rambut dengan bir membuatkan rambut kuat
Kebijasanaan disini adalah bahawa yis dan protein daripada bir boleh
membantu menguatkan rambut anda jika anda membilas rambut menggunakan
bir. Namun, kebijaksaan kami pula mengatakan bahawa alkohol akan
mengeringkan rambut anda lebih daripada membaiki. Berhati – hati dengan
mitos ini. Dan, siapa yang mahu rambut berbau seperti bir?
# Mitos 6: Memotong rambut anda akan membuatkan ia tumbuh lebih tebal
Memotong rambut anda tidak ada kena mengena dengan pertumbuhan rambut
anda. Anda merasakan ia tebal kerana rambut kita memang semulajadi tebal
di pangkalnya.
# Mitos 7: Memotong rambut anda membuatkan ia tumbuh lebih cepat
Cepat atau lambat pertumbuhan rambut anda bergantung pada kesihatan
kulit kepala anda. Jadi ia tidak bersangkut paut dengan memotong rambut