Pemakanan kaum wanita haruslah lebih khusus daripada kaum lelaki. Wanita
perlu mempunyai keperluan pemakanan yang teliti bagi menjaga kesihatan
dan mengekalkan tenaga di kala usia yang makin lanjut.
Berikut adalah senarai makanan yang perlu dimasukkan dalam diet mingguan. Kaum wanita, sila ambil perhatian ya.
Berikut adalah senarai makanan yang perlu dimasukkan dalam diet mingguan. Kaum wanita, sila ambil perhatian ya.
Protein soya
Protein soya yang terdapat dalam tauhu, susu , mentega atau bijiran
bagus untuk kesihatan jantung anda. Ia membantu anda mengurangkan tahap
kolestrol dakam badan. Pratikkan untuk mengambil sekurang – kurangnya 25
gram protein soya setiap hari.
Bijirin penuh
Bijirin penuh membantu mencegah masalah pencernaaan yang lazimnya di
alami oleh kaum wanita. Makanan bijirin penuh termasuk beras perang,
emping bran, roti gandum, dan barli.
Makanan tinggi folat
Makanan tinggi kandungan folat yang terdapat dalam asparagus, buah oren
dan kekacang adalah penting untuk wanita mengandung. Ia bertujuan
memastikan produksi tiub saraf yang betul dan kesihatan jantung untuk
janin. Pastikan anda mengambil sekurang – kurangnya 400 mikrogram (mcg)
setiap hari.
Jus kranberi
Mungkin ada di antara anda tidak menyukai rasanya yang masam, tetapi
tahukah anda jus kranberi membantu mencegah bakteria daripada melekat
pada dinding pundi kencing anda sekaligus mencegah jangkitan pada
saluran kencing. Penyelidikan baru juga membuktikan bahawa kranberi
boleh mengekalkan kesihatan kardiovaskular.
Air
Air adalah penting untuk semua proses metabolik dalam badan, Ia juga
membantu sistem penghadaman, kawalan berat badan dan juga kesihatan
kulit. Minum 8 hingga 10 gelas sehari adalah penting untuk memastikan
kandungan air dalam badan anda mencukupi.
Sayuran hijau
Sayuran hijau menyediakan nutrient dan serat yang penting untuk badan.
Kata orang – orang tua, lebih pahit rasa sayuran itu, lebih banyak
khasiatnya. Cuba makan sekurang – kurangnya tiga hidangan setiap hari.