Disebabkan kesibukan rutin harian, kebanyakan isteri mungkin agak dingin bila diajak bersama. Maklumlah, keletihan tahap maksimum setelah menguruskan keperluan suami dan anak-anak. Itu belum campur dengan urusan di tempat kerja lagi. Memang penat, kan?
Tapi kalau dapat suami yang memahami dan ringan tulang, mungkin tak terasa sangat, kan
Selain daripada membantu isteri menguruskan rumahtangga, ada satu lagi kunci untuk mengembalikan keghairahannya. Iaitu dengan menyediakan ramuan tradisional khas. Anda perlu berikan isteri minum ramuan ini dulu setiap hari selama seminggu.
Bagi menyediakan ramuan tradisional ini, anda perlukan;
~ 20 biji lada hitam
Lada Hitam @ Black Pepper
Cara penyediaannya;- Halia sebesar ibu jari
- 1 biji kuning telur ayam
- 50 gram sarang burung walit
- Bersihkan lada hitam dan halia. Tumbuk lumat keduanya.
- Sarang burung walit juga perlu dibersihkan. Buang segala bulu dan kotoran yang melekat.
- Kemudian, rebuskan sarang burung walit dengan 2 gelas air.
- Seterusnya, masukkan lada hitam dan halia yang telah dilumatkan ke dalamnya.
- Biarkan kesemua ramuan tersebut mendidih.
- Setelah mendidih, biarkan ia suam dan tapiskan ke dalam cawan atau gelas.
- Masukkan kuning telur ke dalam cawan berisi air rebusan tadi dan kacau hingga sebati.
Berikan isteri anda meminumnya dengan penuh kasih sayang. Jangan terlalu
memaksa atau berkeras. Berikan dorongan agar si isteri dapat minum
secara teratur selama seminggu. Ini untuk kebaikan anda juga. Setelah
seminggu berlalu, sepatutnya anda dah boleh lihat perubahannya.
Selamat mencuba & moga hubungan intim anda kembali seperti dulu-dulu ataupun lebih menggelegak daripada sebelumnya.
Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/
Selamat mencuba & moga hubungan intim anda kembali seperti dulu-dulu ataupun lebih menggelegak daripada sebelumnya.
PRODUK PILIHAN. KLIK PADA IMAGE UTK MAKLUMAT LANJUT