Wednesday, 19 March 2014

Rawatan, Diet Dan Diabetes (Kencing Manis) Dengan Herba

Diet dan rawatan herba untuk diabetes (penyakit kencing manis). Diet memainkan peranan utama dalam kehidupan pesakit diabetes. Mereka perlu sentiasa cuba mengikut plan rancangan kesihatan dan mengambil makanan diet berserat. Mereka perlu menghidarkan makanan bergoreng dan berminyak atau makanan yang pedas, dan menjauhkan diri dari mengambil makanan ringan.

Pesakit diabetes mesti mengambil lebih banyak sayuran hijau dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan makanan lain dalam hidangan mereka, samada semasa waktu makan tengahari atau makan malam. Kebanyakan sayuran seperti seleri, peria, bawang besar, bawang putih, artichoke (sejenis bunga yang berasal dari selatan Eropah dan Mediterrenean) dan bayam adalah baik untuk mengurangkan paras diabetes.

Berbagai ubatan herba didapati berkesan untuk merawat diabetes. Selepas melakukan penyelidikan keatas beberapa tumbuhan herba, pusat-pusat penyelidikan berjaya memproses beberapa ubatan untuk penyakit diabetes.

Ianya termasuk herba seperti semambu(Neem/Azadirachta indica), Pann (herba yang boleh didapati di tanah tinggi India), pokok melaka (Amla/Emblica officinalis), kunyit (Haldi) yang diproses secara berperingkat, ubatan ini dapat membantu mengawal kadar gula dalam badan. Sesetengah ubat herba sangat berkesan kepada sebarang jenis diabetes tanpa memberi sebarang kesan sampingan. Terdapat berbagai ubatan herba boleh digunakan untuk penyakit diabetes dan di antaranya ialah:

Jus peria – pesakit perlu meminum segelas jus peria setiap hari untuk sekurang-kurangnya selama tiga ke enam bulan. Peria yang pahit telah terbukti sangat berkesan kepada pesakit diabetes. Sudha Silajit (spesis hempedu bumi) – herba ini telah lama digunakan dalam rawatan diabetes secara perubatan Ayurvedic (perubatan tradisi India). Silajit di panggil sebagai “Asphaltum” dalam bahasa Latin, bertindakbalas terus terhadap diabetes dan boleh mengawal kadar paras gula.

Silajit juga digunakan untuk menguatkan tenaga fizikal, anti-penuaan, menguatkan tenaga batin, menyembuhkan kecederaan, pemulihan masalah urin, menyembuhkan sakit tulang dan sebagainya. Halba (Fenugreek) – boleh merawat penyakit diabetes, amalkannya dengan mengambil lima gram serbuk biji halba, dua kali sehari bersama tauhu dan kita boleh dapat kesan keputusan yang positif. Peria (Karvellak) – ianya ternyata sangat berkesan untuk pankreas yang boleh merangsangkan pengeluaran insulin dalam badan.

Guduchi Satva (spesis bakawali) - Digunakan untuk perawatan diabetes dalam cara perubatan ayurveda(rawatan alternatif India). Ia mengawal lebihan Vata, Pitta dan Kapha (adalah pancaindera and sistem peredaran dalam badan ynag mempunyai elemen air, tanah dan api) dalam badan. Chopchini (smilax china / bristty geenbrier) – dikenali juga dengan nama “Sarasapilla”, yang boleh merangsangkan pengeluaran insulin. Vijaya Saar (Pterocarpus Marsupium) - juga dikenali dengan nama “Malabar Kinatree”. Vijaya Saar merangsangkan sel untuk pengunaan glukos dalam peredaran darah. Haridra – juga di kenali sebagai kunyit dan mempunyai berbagai kegunaan adalah ubat yang baik untuk diabetes kerana ia dapat mengawal kapha dosha dalam badan.

Beberapa herba lain juga didapati berkesan untuk merawat diabetes seperti jambu keling (Jamun / Java Plum / Syzygium cumini) dan bijinya, biji ketumbar, daun selada (lettuce), bunga ros merah, jintan manis (fennel seeds) and daun atau buah pokok Ara (Gulair / Ficus Glomerata). Pengambilan dua kali sehari serbuk campuran daripada semua herba ini, sangat berkesan dalam mengatasi masalah diabetes.

[BR][BR]Satu perkara yang sangat penting dan perlu diketahui oleh pesakit diabetes ialah, diabetes merupakan pembunuh senyap dan pesakit hanya boleh menghalang pembunuh ini dengan mengikuti plan diet yang baik dan jauhkan diri dari gula, minyak dan makanan berlemak dan mesti melakukan senaman harian sepanjang hidup.

Khasiat Kurma, Kismis & Madu

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Wallahu a'lam.
 

Gejala Penyakit Addison

Gejala Penyakit Addison, juga dikenal sebagai insufisiensi adrenal primer, adalah suatu kondisi langka yang mempengaruhi aktivitas hormon dalam tubuh. Penyakit Addison terjadi ketika kelenjar adrenal tubuh tidak mampu membuat cukup hormon kortisol atau aldosteron. Setiap hormon bekerja secara berbeda dan mempunyai peran penting dalam tubuh manusia. Pada hormone kortisol membantu tubuh dalam merespon stres.

Hal ini juga membantu menjaga tekanan darah dan gula darah, memperlambat respon peradangan sistem kekebalan tubuh, dan mengatur metabolisme protein, karbohidrat, dan lemak. Sedangkan pada hormone aldosteron berfungsi dalam menjaga tekanan darah, air, dan keseimbangan garam dalam tubuh.

gejala penyakit addisonGejala Penyakit Addison Penyebab dan Pengobatannya

Dalam kasus yang terjadi pada gejala penyakit addison, penderita biasanya akan telaebih dahulu melakukan pengecekkan darah. Ini bertujuan untuk mengetahui perkembangan penyakit ini pada tubuh. penyakit ini juga dapat terjadi pada siapapun dan pada usia berapapun.

Pada orang dewasa kelenjar adrenalin dapat dihancurkan oleh kanker, infeksi pada penyakit TBC, dan penyakit lainnya yang sudah teridentifikasi. Sedangkan pada anak-anak penyebab umum dalm penyakit ini disebabkan oleh kelainan genetic (turunan) kelenjar adrenalin. Berikut adalah Penyebab gejala Penyakit Addison :
  • Penyakit Kanker
  • Penyakit TBC
  • Infeksi Jamur
  • Trauma Pasca Operasi
  • Reaksi dari autoimun, dimana tubuh menyerang kelenjar adrenalin sendiri.

Berikut Adalah Gejala Penyakit Addison :

  • Mual
  • Diare
  • Depresi
  • Muntah
  • Nyeri Sendi
  • Rambut Rontok
  • Berat Badan Menurun
  • Tekanan Darah Rendah
  • Nafsu Makan Berkurang
  • Kekuatan Otot Melemah
  • Tubuh Sering Merasa Lelah
  • Penggelapan Kulit Dibeberapa Titik
  • Terjadi Disfungsi Seksual Pada Wanita

Pengobatan Pada Gejala Penyakit Addison

Pengobatan gejala penyakit addison yang dilakukan biasanya melihat pada penyebabnya, bahkan jika tanpa pengobatan yang benar penyakit ini dapat membahayakan kondisi tubuh. biasanya akan dilakukan pengobatan dengan kortikosteroid serta cairan infuse ke dalam tubuh melalu pembuluh darah. Bakhan jika sudah diketahui seberapa parah pada penyakit ini, penderita biasanya diberikan tanlet untuk dikonsumsi dalm jangka panjang.

Menginngat jika pengobatan tidak dilakukan sampai tuntas maka akan berujung dengan kematian (namun masih jarang terjadi). Namun dengan kemajuan zaman, sekarang banyak obat herbal (tradisional) yang dapat membantu dalam penyembuhan penyakit ini. Selalu menjaga kondisi badan dengan rajin berolahraga (ringan) supaya kondisi tubuh tetap sehat, dan selalu berpola hidu sehat, semoga postingan kali ini bermanfaat buat anda dan bisa menambah pengen tahuan anda tentang gejala penyakit addison.

sumber dipetik dari:-http://www.gejalapenyakit.com/gejala-penyakit-addison/