7 jenis makanan terbaik untuk wanita
By Nurfarrahin Huda Izamir10 Sep - Pemakanan kaum wanita haruslah lebih khusus daripada kaum lelaki. Wanita perlu mempunyai keperluan pemakanan yang teliti bagi menjaga kesihatan dan mengekalkan tenaga di kala usia yang makin lanjut.
Berikut adalah senarai makanan yang perlu dimasukkan dalam diet mingguan. Kaum wanita, sila ambil perhatian ya.
Protein soya
Protein soya yang terdapat dalam tauhu, susu , mentega atau bijiran bagus untuk kesihatan jantung anda. Ia membantu anda mengurangkan tahap kolestrol dakam badan. Pratikkan untuk mengambil sekurang – kurangnya 25 gram protein soya setiap hari.
Bijirin penuh
Bijirin penuh membantu mencegah masalah pencernaaan yang lazimnya di alami oleh kaum wanita. Makanan bijirin penuh termasuk beras perang, emping bran, roti gandum, dan barli.
Makanan tinggi folat
Makanan tinggi kandungan folat yang terdapat dalam asparagus, buah oren dan kekacang adalah penting untuk wanita mengandung. Ia bertujuan memastikan produksi tiub saraf yang betul dan kesihatan jantung untuk janin. Pastikan anda mengambil sekurang – kurangnya 400 mikrogram (mcg) setiap hari.
Jus kranberi
Mungkin ada di antara anda tidak menyukai rasanya yang masam, tetapi tahukah anda jus kranberi membantu mencegah bakteria daripada melekat pada dinding pundi kencing anda sekaligus mencegah jangkitan pada saluran kencing. Penyelidikan baru juga membuktikan bahawa kranberi boleh mengekalkan kesihatan kardiovaskular.
Air
Air adalah penting untuk semua proses metabolik dalam badan, Ia juga membantu sistem penghadaman, kawalan berat badan dan juga kesihatan kulit. Minum 8 hingga 10 gelas sehari adalah penting untuk memastikan kandungan air dalam badan anda mencukupi.
Sayuran hijau
Sayuran hijau menyediakan nutrient dan serat yang penting untuk badan. Kata orang – orang tua, lebih pahit rasa sayuran itu, lebih banyak khasiatnya. Cuba makan sekurang – kurangnya tiga hidangan setiap hari.
Makanan penuh Vitamin C
Buah – buahan termasuk sitrus, strawberi, lada merah, lada hijau, sawi, brokoli, bayam, tomato, kentang, kiwi, jambu dan pasli. Di samping menyumbang kepada kesihatan menyeluruh, buahan – buahan yang kaya dengan Vitamin C dan anti oksidan telah dikaitakn dengan penurunan risiko penyakit jantung kronik. Makan dua hingga tiga hidangan (atau lebih) buah – buahan ke dalam rutin diet anda. Sekurang – kurangnya anda akan memiliki 75 miligram Vitamin C setiap hari.
SUPPLEMENT YANG DISYORKAN SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK MAKLUMAT LANJUT
JANGAN LUPE TEKAN IKLAN-IKLAN YANG ADA DALAM
BLOG INI..CUKUP LAH HANYA SEKALI...TERIMA KASIH... Please Click the
advertisment. Once is enough. thank You