Saturday, 15 February 2014

Pemakanan mengikut jenis darah


Patutkah anda mengikuti diet tertentu dan senaman berdasarkan jenis darah anda? Itulah apa yang telah dicadangkan oleh Dr. D'Adamo di dalam bukunya yang bertajuk 'Eat Right for Your Blood Type'. Dr. D'Adamo adalah seorang doktor 'naturopathic' yang merasakan bahawa jenis darah boleh menentukan penyakit dan penyakit-penyakit yang mungkin akan dihidapi oleh badan anda. Ia adalah satu pendekatan yang menarik, namun belum ada kajian lagi dijalankan, dan tidak ada kajian yang menunjukkan jenis darah boleh menjadi peramal untuk perkembangan sesuatu penyakit.

Walaubagaimanapun, jika anda tertarik dengan idea berdiet mengikut jenis darah, anda boleh teruskan membaca.

Apa yang menentukan kuantiti?
Wanita akan makan dalam kuantiti jumlah yang rendah setiap hari. Menurut Dr. D'Adamo, pengiraan ini adalah berdasarkan etnik. Dalam jenis darah, anda perlu mengubah pengambilan kumpulan makanan tertentu mengikut kumpulan etnik anda seperti Asia, Caucasian atau Afrika-Amerika.

Kumpulan makanan dan jenis darah
Jenis O dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan daging tanpa lemak, ayam , ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin dan tenusu serta senaman dengan bersungguh-sungguh.

Jenis A perlu mengamalkan makan makanan soya, bijirin, sayur-sayuran organik dan melakukan senaman yang lebih lembut.

Jenis B perlu makan makanan tenusu, daging, hasil keluaran , jagung atau gandum dan melakukan senaman yang sederhana serta dinasihatkan tidak mengambil terlalu banyak kekacang.

Jenis AB harus makan makanan laut, tauhu, susu, ayam, daging lembu dan melakukan senaman yang menenangkan.

Faedah mengamalkan pemakanan mengikut jenis darah
Dr. D'Adamo menyarankan untuk mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dan makan protein yang mencukupi dengan mengambil daging tanpa lemak, ayam, makanan soya, makanan laut dan susu rendah lemak. Beliau juga mengesyorkan untuk memakan lemak setiap hari, dan menghadkan gula dan alkohol.