Tuesday, 27 August 2013

Piriformis Syndrome Rehabilitation Exercise



Otot piriformis terletak di punggung dan kebanyakkan orang mengalami sakit punggung di bahagian tersebut. Faktor-faktor masalah otot piriformis ini adalah antaranya kecederaan bersukan, jatuh dari tempat tinggi, duduk atau berdiri terlalu lama dan sebagainya. Senaman ini amat berguna bagi meregangkan kembali otot piriformis yang sudah tegang.

1. Gluteal stretch - sila baring dan bengkokkan kedua-dua lutut anda. Rehatkan kaki yang cedera atau sakit ke atas kaki yang lain seperti ditunjukkan dalam gambar. Kemudian pegang peha kaki yang tidak cedera dan tarik menghala ke dada anda. Anda akan terasa regangan di bahagian punggung kaki yang kesakitan dan mungkin juga akan terasa di bahagian luar peha. Tahan selama 15 saat hingga 30 saat dan ulangi sebanyak 3 kali.

2. Standing hamstring stretch - Letakkan tumit kaki yang cedera di atas kerusi pendek (stool) dan pastikan kaki anda lurus. Kemudian cuba turunkan badan anda seakan-akan ingin mencapai hujung kaki anda dengan kedua tangan anda. Anda akan terasa sedikit regangan di belakang peha. Jangan tunduk terlalu ke bawah kerana ianya akan meregangkan bahagian pinggang pula.Tahan selama 15 saat hingga 30 saat dan ulangi sebanyak 3 kali.

3. Resisted hip abduction - Berdiri mengiring di tepi pintu seperti di dalam gambar dan kaki yang cedera berada jauh dari pintu. Ikat tali getah di buku lali yang cedera dan hujung tali lagi satu diikat dihujungnya. Selepas itu diselit di bawah pintu. Kaki yang diikat ditarik ke arah luar dan kembali kepada posisi asal. Pastikan kaki anda lurus serta ulangi sebanyak 2 set daripada 15 set. Untuk lagi advance sila tarik kaki ke arah luar dengan lebih jauh sedikit.

4. Partial curl - Sila baring seperti nak buat sit up. Kemudian bangun dan meluruskan tangan anda ke depan. Kepala dan bahu anda sahaja yang perlu diangkat serta mengempiskan perut pada masa yang sama. Tahan selama 3 saat. Perlu diingat tidak perlu tahan nafas ketika ini. Sila ulang sebanyak 10 kali.

5. Prone hip extension (bent leg) - Anda perlu meniarap dan meletakkan bantal di bawah tulang pinggul. Bengkokkan lutut kaki yang cedera dan keraskan otot perut anda. Angkat kaki anda yang cedera setinggi 6 inci dan luruskan kaki yang lain. Tahan posisi ini selama 5 saat dan cuba lakukan 2 set daripada 15. Ulang senaman ini bagi kaki yang lain.


6. Clam exercise - Baring mengiring pada sebelah badan anda yang tidak cedera. Pinggul dan lutut anda dibengkokkan. Kaki pula dirapatkan seperti di dalam gambar. Secara perlahan angkat kaki anda menghala ke siling sambil tumit anda bersentuh dengan tumit lagi satu. Tahan selama 2 saat dan turunkan kaki dengan perlahan. Buat 2 set daripada 15 ulangan.






Written by Tammy White, MS, PT, and Phyllis Clapis, PT, DHSc, OCS, for RelayHealth.
Published by RelayHealth.
© 2012 RelayHealth and/or its affiliates. All rights reserved.


 
PRODUK YANG DISYORKAN KLIK PADA PRODUK UTK MAKLUMAT

Monday, 26 August 2013

SINDROM SEBELUM MENOPAUS UNTUK WANITA

Posted in Uncategorized at 3:48 pm by rosnidams

Begitu lama saya tidak menulis di blog ini agak-agak dalam setahun lebih bukannya apa saya terlalu sibuk dan juga banyak perkara yang terpaksa saya uruskan hingga saya tidak sempat nak berblog.  Hmm apa yang ingin saya kongsikan setelah sekian lama saya tidak berblog ni.

Ok..susah betul saya mencari artikel mengenai wanita yang mengalami masalah sebelum menopaus atau putus haid di dalam Bahasa Malaysia.  Oleh itu saya ingin berkongsi dengan siapa saja wanita juga para suami yang isterinya telah mencapai umur 35 tahun ke atas tentang sindrom sebelum wanita mengalami menopaus (perimenopause).  Saya rasa ramai wanita di luar sana yang tidak tahupun apa itu gejala-gejala yang kita akan rasa bila sampai masanya.  Begitu juga para suami yang tidak pernah tahu apa yang dirasai oleh isterinya pada peringkat perimenopause dan moga-moga apa yang saya kongsikan ini boleh juga membantu wanita, isteri dan suami itu sendiri bagi mengatasi ataupun memahami apa yang sedang di alami oleh mereka.  Oleh itu saya rasa dah tiba masanya kita sama-sama berkongsi maklumat mengenai sindrom perimenopause ni.

Tahu tak anda di Asia ni sindrom perimenopause ni dah ada pada wanita seawal usia 35 tahun dan ia berlaku sampailah haid wanita terhenti pada usia 51 atau lebih.  Ini bermakna ada di antara kita ni dah pun merasai gejala-gejala sindrom tu tapi mungkin kita tidak menyedarinya ataupun sebab kita memang tak ada pengetahuan tentang sindrom ni.
Ramai di antara kita yang menyedari kita dah hampir untuk menopaus bila haid kita terlalu banyak atau pun tak seperti biasa dan selalunya pada tahap ini kita sebenarnya dah pun menghampiri menopaus tu sendiri.
Antara sindrom yang kita alami sebelum kita menopaus adalah seperti berikut :-
  • Jantung Berdebar
  • Sakit kepala/migrain
  • Berpeluh di waktu malam
  • susah tidor/insomnia
  • rasa bahang
  • fibroids
  • berat badan bertambah
  • sakit sendi-sendi
  • alergi/alahan meningkat
  • sejuk kaki dan tangan
  • rasa menyucuk di tangan dan kaki
  • pening-pening
  • keliru/bingung
  • letih
  • gatal-gatal di kulit
  • perubahan nafsu
  • payu dara membengkak dan sakit bila tersentuh
  • haid yang banyak
  • haid yang tidak menentu
  • kering di bahagian kemaluan/sakit bila melakukan seks
  • masalah buang air kecil
  • masalah kulit
  • osteoporosis
  • murung
  • paras kolestrol berubah-ubah
  • mood berubah-ubah
Jadi jika ada di antara anda yang membaca blog saya ni berumur 35 tahun ke atas dan mengalami mana-mana sindrom di atas maka janganlah risau itu adalah tanda-tanda bahawa hormon di dalam badan anda tidak seimbang dan sindrom ini boleh berlaku di antara 5 hingga 15 tahun sebelum anda betul-betul putus haid.  Adalah diingatkan sindromini boleh datang lebih awal jika antara anda adalah seorang perokok, ada sejarah keluarga, mendapat rawatan kanser sewaktu kecil dan tidak pernah melahirkan anak.

APA YANG PERLU ANDA BUAT JIKA ADA SINDROM INI.


Perkara pertama berjumpalah Doktor untuk memastikan ini adalah gejala sindrom perimenopause dan dapatkan nasihat Doktor.  Selalunya jika Doktor mengesahkan ini memang gejala sindrom perimenopause Doktor akan memberi dan menyarankan anda pada “Hormon Replacement Therapy (HRT) dan banyak komen negatif mengenai HRT antaranya anda akan mengalami pening, sakit kepala, loya dan mual serta pendarahan vagina.  Oleh itu banyak pandangan dari Doktor dan pakar yang menggalakkan wanita yang mengalami sindrom perimenopause untuk mencuba cara alternatif  bagaimana untuk mengurangkan gejala-gejala tersebut.

Oleh itu secara alternatif dan dari pembacaan saya dan maklumat yang saya dapat apabila adanya tanda-tanda ini maka kita hendaklah banyak memakan makanan seperti berikut :-

  • Kacang soya ataupun apa-apa makanan atau minuman yang terhasil dari kacang soya seperti tofu, tofu-fa, tempe dan susu soya.
  • Makanan tambahan herba seperti Dong Quai (cuba dapatkan dari seng sei/kedai ubat cina) atau remifemin atau ‘Women Menocaps’ (boleh di dapati di farmasi)
  • minum air dengan banyak
  • fiber dan Omega 3
  • sayur-sayuran dan buah-buahan (ada kandungan bioflavonoids) seperti ceri, cranberries, blueberries, bilberries, kulit anggur, cengkih merah dan bijirin
  • teh hijau
  • calcium/magnesium/vitamin B, C dan E
  • minyak ikan dan Evening Primrose
KURANGKAN PENGAMBILAN BERIKUT

  • Kafein (kopi, nescafe dan teh)
  • MSG (ajinomoto dan makanan ringan yang ada MSG)
  • Merokok (jika boleh berhenti terus)
  • Aspartame (ada dalam diet soda)
  • Roti Putih, nasi putih dan manisan. Jika makan pun cuba makan pada waktu siang dan elakkan makan di waktu malam supaya dapat membantu proses metabolisma
  • makanan berkaborhidrat
  • Coklat
  • Alkohol dan arak
  • kekacang
Jika boleh amalkan perkara-perkara berikut iaitu  dengan makan 3 kali sehari dengan kadar yang berpatutan, lebihkan makanan berprotein pada setiap kali waktu makan, juga makan banyak buah-buahan segar dan sayur-sayuran setiap hari dan ambil lemak berkhasiat setiap hari.

Nah..setakat ini dulu saya berkongsi dengan anda mengenai sindrom perimenopause ni saya harap maklumat ni dapat membantu saya dan wanita-wanita lain dan mana-mana suami tentang apa yang akan dialami bila usia sudah melepasi 35 tahun.  Jika anda ingin berkongsi dengan saya tentang gejala-gejalan lain yang tidak saya sebutkan di sini ataupun ada cara yang lain lagi yang boleh membantu mengurangkan gejala-gejala ini amatlah saya alu-alukan. Moga bertemu lagi…

PRODUK YANG DISYORKAN

SILA KLIK PADA GAMBAR UTK MAKLUMAT LANJUT

Sunday, 25 August 2013

OBESITI MENYEBABKAN KANSER

Posted in Kesihatan & Kekayaan at 4:01 pm by rosnidams

Baru-baru ini saya terbaca di dalam satu artikel di mana obesiti di Malaysia telah mencapai tahap yang serius dan melalui kajian UPM pada 2004/05, 27%  penduduk negara ini mengalami kegemukan atau obes. Dengan gaya hidup yang kini jauh berubah tidaklah  menghairankan kalau peratusan obesiti lebih tinggi sekarang ini dan disebabkan itu jugalah kadar kanser semakin meningkat di negara ini.

Terdapat laporan penyiasatan yang dijalankan secara bersesama oleh ‘World Cancer Research Fund’ dan ‘American Institute for Cancer Research’ pada tahun lepas yang menyatakan bahawa terdapat hubungkait di antara diet, cara kehidupan dan penyakit kanser. Terdapat rumusan yang mengatakan obesiti adalah penyumbang kedua terbesar penyebab kanser selepas rokok.

Saya gemar menonton Biggest Loser yang disiarkan di saluran 702 astro di mana  setiap peserta-peserta yang menyertai rancangan realiti mempunyai berat badan yang berganda2 sampai ada yang mencapai tahap berat 350kg tapi hasil latihan, usaha dan pemakanan yang betul mereka ini dapat mengurangkan berat badan dan sekaligus menyelamatkan diri mereka dari menghidap penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan serangan jantung. Tapi satu persoalan bermain di minda saya bagaimanalah agaknya latihan mereka ini dan berapa lama agaknya masa dihabiskan untuk menurunkan berat badan dengan drastik sekali. Saya percaya disiplin adalah kunci utamanya.

Ya disiplin adalah perkara utama yang mesti ada pada diri kita untuk mengurangkan berat badan tanpa disiplin apa pun tidak akan menjadi.  Yang kedua saya rasa kesedaran diri tentang bahaya yang kita cipta untuk diri kita sendiri. Cuba anda kumpulkan makanan dan minuman yang anda ambil selama seminggu di atas sebuah meja, saya percaya bila anda melihat makanan2 tersebut sudah tentu anda menggelengkan kepala anda dan mula terfikir bagaimana makanan sebegini banyak boleh berada di dalam perut anda di tambah pula dengan kadar lemak, kolestrol, gula dan bahan2 perasa tiruan yang penuh dengan bahan kimia ini memasuki perut anda dan seterusnya toksin ini menyerap ke dalam tubuh anda dan menyebabkan berlakunya komplikasi pada darah dan seterusnya kepada organ2 penting di dalam badan kita.

Daripada makanan tersebut cuba anda nilai berapa banyak zat-zat/nutrisi makanan yang menyerap ke dalam badan anda.  Di tambah pula keadaan sekarang yang penuh dengan pencemaran berapa banyak toksin yang telah menyerap ke dalam badan kita melalui makanan yang tercemar ataupun yang telah disembur dengan racun serangga & bahan2 beracun untuk mengekalkan kesegaran buah2an,sayur2an dan makanan-makanan segera tersebut.

Saya ingin berkongsi pemerhatian dan pengalaman saya dengan anda. Secara kebetulan saya ada membeli beberapa biji buah lai untuk ibu saya 4 minggu yang lepas dan kami terlupa nak makan salah satu daripadanya di mana buah itu sejak dari awal lagi dibiarkan di suhu bilik sahaja.  Apayang memeranjatkan sehingga kini  buah tersebut masih elok tanpa ada apa2 kerosakan pada kulitnya.  Anda bayangkanlah berapa lama agaknya buah itu telah dipetik  dan  berapa lama masa yang diambil untuk penghantaran buah tersebut kepada penjual sebelum sampai kepada pengguna seperti kita.  Logiknya buah tidak akan bertahan lama melainkan ia telah disemburkan dengan bahan kimia untuk mengekalkan kesegarannya.  Jadi kesimpulannya selama ini kita makan buah bersama-sama dengan racun yang ada bersamanya.  Ada petua yang mengatakan buah2an yang dibeli hendaklah di rendam di dalam air garam dan dibasuh bersih2 serta dibuang kulit supaya racun yang ada di kulit buah tersebut telah dapat dihilangkan. Tapi persoalannya adakah racun tersebut tidak menyerap ke dalam buah2an itu saya rasa tak banyak sikitpun mesti ada yang telah menyerap ke dalam buah2an itu.

Jadi pada pandangan saya yang menggunakan akal logik saya mengatakan bahawa kanser dan penyakit2 kronik terjadi disebabkan bahan-bahan kimia atau racun yang ada disekeliling kita termasuk asap2 rokok dan kenderaan2 yang memang tidak dapat kita elakkan dan apabila seseorang itu obes maka risiko untuk dia mendapat penyakit2 kronik ini lebih tinggi disebabkan kadar lemak dan kolestrol yang tinggi yang ada di dalam badan turut bersama2 dengan racun2 ini menyumbang kepada kemusnahan sistem dan organ penting di dalam tubuh badan dan membolehkan penyakit2 ini menyerang diri anda tanpa anda mempunyai perisai untuk menahannya.

Oleh yang demikian, seseorang yang obes amat perlu untuk menurunkan berat badan supaya kadar lemak dan kolestrol akan turut turun sama di samping itu penambahan nutrisi2 atau zat2 melalui makanan tambahan akan membantu sistem dan organ penting di dalam badan berfungsi semula secara semulajadi. Untuk mengingatkan diri saya juga, kanser boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina, kurus ataupun gemuk oleh yang demikian kita semestinya bijak untuk memilih makanan dan cara kehidupan yang positif supaya kita dapat mengelak dari menjadi mangsa kanser.

Satu perkara yang saya belajar bagaimana untuk hidup lebih sihat adalah melalui pengambilan makanan tambahan semulajadi yang sesuai untuk diri kita supaya zat-zat yang diperlukan oleh badan  adalah mencukupi untuk menggerakkan segala sistem di dalam badan kita dan menjadikan kita sihat dan jangan lupa mengamalkan senaman sekurang2nya 15 minit sehari untuk menjadikan otot-otot kita berfungsi dengan baik dan lebih penting supaya kita dapat berpeluh dan mengeluarkan toksin melalui peluh tersebut.
Saya memberi pandangan saya melalui pembacaan dan pengamatan saya di dalam artikel2 dan jika terdapat kesalahan fakta sila berikan komen anda supaya sama-sama kita dapat berkongsi ilmu dengan semua.

Produk yang disyorkan

sila klik pada produk untuk maklumat lanjut. Terima Kasih