Baru-baru ini saya terbaca di dalam satu artikel di mana obesiti di Malaysia telah mencapai tahap yang serius dan melalui kajian UPM pada 2004/05, 27% penduduk negara ini mengalami kegemukan atau obes. Dengan gaya hidup yang kini jauh berubah tidaklah menghairankan kalau peratusan obesiti lebih tinggi sekarang ini dan disebabkan itu jugalah kadar kanser semakin meningkat di negara ini.
Terdapat laporan penyiasatan yang dijalankan secara bersesama oleh ‘World Cancer Research Fund’ dan ‘American Institute for Cancer Research’ pada tahun lepas yang menyatakan bahawa terdapat hubungkait di antara diet, cara kehidupan dan penyakit kanser. Terdapat rumusan yang mengatakan obesiti adalah penyumbang kedua terbesar penyebab kanser selepas rokok.
Saya gemar menonton Biggest Loser yang disiarkan di saluran 702 astro di mana setiap peserta-peserta yang menyertai rancangan realiti mempunyai berat badan yang berganda2 sampai ada yang mencapai tahap berat 350kg tapi hasil latihan, usaha dan pemakanan yang betul mereka ini dapat mengurangkan berat badan dan sekaligus menyelamatkan diri mereka dari menghidap penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan serangan jantung. Tapi satu persoalan bermain di minda saya bagaimanalah agaknya latihan mereka ini dan berapa lama agaknya masa dihabiskan untuk menurunkan berat badan dengan drastik sekali. Saya percaya disiplin adalah kunci utamanya.
Ya disiplin adalah perkara utama yang mesti ada pada diri kita untuk mengurangkan berat badan tanpa disiplin apa pun tidak akan menjadi. Yang kedua saya rasa kesedaran diri tentang bahaya yang kita cipta untuk diri kita sendiri. Cuba anda kumpulkan makanan dan minuman yang anda ambil selama seminggu di atas sebuah meja, saya percaya bila anda melihat makanan2 tersebut sudah tentu anda menggelengkan kepala anda dan mula terfikir bagaimana makanan sebegini banyak boleh berada di dalam perut anda di tambah pula dengan kadar lemak, kolestrol, gula dan bahan2 perasa tiruan yang penuh dengan bahan kimia ini memasuki perut anda dan seterusnya toksin ini menyerap ke dalam tubuh anda dan menyebabkan berlakunya komplikasi pada darah dan seterusnya kepada organ2 penting di dalam badan kita.
Daripada makanan tersebut cuba anda nilai berapa banyak zat-zat/nutrisi makanan yang menyerap ke dalam badan anda. Di tambah pula keadaan sekarang yang penuh dengan pencemaran berapa banyak toksin yang telah menyerap ke dalam badan kita melalui makanan yang tercemar ataupun yang telah disembur dengan racun serangga & bahan2 beracun untuk mengekalkan kesegaran buah2an,sayur2an dan makanan-makanan segera tersebut.
Saya ingin berkongsi pemerhatian dan pengalaman saya dengan anda. Secara kebetulan saya ada membeli beberapa biji buah lai untuk ibu saya 4 minggu yang lepas dan kami terlupa nak makan salah satu daripadanya di mana buah itu sejak dari awal lagi dibiarkan di suhu bilik sahaja. Apayang memeranjatkan sehingga kini buah tersebut masih elok tanpa ada apa2 kerosakan pada kulitnya. Anda bayangkanlah berapa lama agaknya buah itu telah dipetik dan berapa lama masa yang diambil untuk penghantaran buah tersebut kepada penjual sebelum sampai kepada pengguna seperti kita. Logiknya buah tidak akan bertahan lama melainkan ia telah disemburkan dengan bahan kimia untuk mengekalkan kesegarannya. Jadi kesimpulannya selama ini kita makan buah bersama-sama dengan racun yang ada bersamanya. Ada petua yang mengatakan buah2an yang dibeli hendaklah di rendam di dalam air garam dan dibasuh bersih2 serta dibuang kulit supaya racun yang ada di kulit buah tersebut telah dapat dihilangkan. Tapi persoalannya adakah racun tersebut tidak menyerap ke dalam buah2an itu saya rasa tak banyak sikitpun mesti ada yang telah menyerap ke dalam buah2an itu.
Jadi pada pandangan saya yang menggunakan akal logik saya mengatakan bahawa kanser dan penyakit2 kronik terjadi disebabkan bahan-bahan kimia atau racun yang ada disekeliling kita termasuk asap2 rokok dan kenderaan2 yang memang tidak dapat kita elakkan dan apabila seseorang itu obes maka risiko untuk dia mendapat penyakit2 kronik ini lebih tinggi disebabkan kadar lemak dan kolestrol yang tinggi yang ada di dalam badan turut bersama2 dengan racun2 ini menyumbang kepada kemusnahan sistem dan organ penting di dalam tubuh badan dan membolehkan penyakit2 ini menyerang diri anda tanpa anda mempunyai perisai untuk menahannya.
Oleh yang demikian, seseorang yang obes amat perlu untuk menurunkan berat badan supaya kadar lemak dan kolestrol akan turut turun sama di samping itu penambahan nutrisi2 atau zat2 melalui makanan tambahan akan membantu sistem dan organ penting di dalam badan berfungsi semula secara semulajadi. Untuk mengingatkan diri saya juga, kanser boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina, kurus ataupun gemuk oleh yang demikian kita semestinya bijak untuk memilih makanan dan cara kehidupan yang positif supaya kita dapat mengelak dari menjadi mangsa kanser.
Satu perkara yang saya belajar bagaimana untuk hidup lebih sihat adalah melalui pengambilan makanan tambahan semulajadi yang sesuai untuk diri kita supaya zat-zat yang diperlukan oleh badan adalah mencukupi untuk menggerakkan segala sistem di dalam badan kita dan menjadikan kita sihat dan jangan lupa mengamalkan senaman sekurang2nya 15 minit sehari untuk menjadikan otot-otot kita berfungsi dengan baik dan lebih penting supaya kita dapat berpeluh dan mengeluarkan toksin melalui peluh tersebut.
sila klik pada produk untuk maklumat lanjut. Terima Kasih