Bagaimana saya akan tahu jika bayi saya mendapat susu yang cukup?
Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda
mendapat susu yang secukupnya, terutamanya jika dia mahu
menyusu setiap masa
atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu
atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan
kemungkinannya memang dia lapar, sebab
susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu.
Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada
tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih
menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus
menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan
ke lapan hingga 10 kali sehari.
Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda
tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu
pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi.
Malangnya, menimbang berat badan bayi pada beberapa hari pertama tidak
akan menyakinkan anda, sebab berat badan bayi baru lahir selalunya turun
lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama
atau seterusnya. Walau bagaimanapun, bayi anda sepatutnya menambah
berat badan selepas itu, dan jika anda menimbangnya semula pada hari
ke-10 hingga ke-14, anda akan mendapati berat badan bayi anda sudah
pulih kepada berat lahirnya.
Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya,
dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya.
Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu
mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh
menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak
menyenangkan. Ini termasuklah:
-
Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.
-
Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.
-
Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.
-
Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah
dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah
daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna
jernih dan tidak berbau.
-
Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.
-
Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.
Apakah tanda-tanda amaran bahawa bayi saya tidak mendapat susu secukupnya?
Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut:
-
Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
-
Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
-
Bayi anda meragam atau sering letih.
-
Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini
adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu
mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)
-
Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.
-
Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
-
Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
-
Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
-
Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.
Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda.
Anda akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila:
-
bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;
-
penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;
-
dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti
seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan
hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.
Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya
dengan secukupnya. Salah satu perkara yang paling sukar semasa memulakan
penyusuan ialah merasa yakin bahawa anda menyusukan bayi anda
secukupnya. Memang anda menyusu dengan betul, tetapi jangan teragak-agak
untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada ahli pediatrik, doktor
keluarga atau
perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan.
http://www.babycenter.com.my/