Saturday, 24 May 2014

Kurangkan Risiko Serangan Jantung

Minum air suam kurankan risiko serangan jantung, kenapa ?

Agak menyegarkan apabila minum air sejuk semasa menjamu selera. Tapi mengikut pakar kesihatan, air sejuk akan melikatkan minyak yang terkandung didalam makanan anda. Lalu ia akan melambatkan proses pencernaan, Gumpalan minyak ini akan bertindakbalas dengan asid didalam perut, sekaligus akan pecah dan diserap pula oleh enzim intestine dengan lebih cepat.

Lama kelamaan ia akan bertukar menjadi lemak dan apabila ia semakin banyak terkumpul terutamanya di bahagian saluran darah, arteri dan jantung, maka risiko untuk mendapat sakit jantung adalah lebih tinggi. Justeru, masih belum terlambat untuk anda mengamalkan ,minum air suam atau panas selepas makan kerana ia membantu mempercepatkan aliran minyak dalam makanan itu menjadi cair sekaligus tidak terkumpul dalam saluran darah anda dan menjadi lemak.

Oleh itu amalkanlah meminum air suam panas selepas makan.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/

Friday, 23 May 2014

Sejukkan badan dengan kembang semangkuk

Pernah dengar buah kembang semangkuk yang banyak dicampurkan dalam minuman air batu campur atau lai chi kang?

Buah kembang semangkuk atau nama saintifiknya scaphium longiflorum adalah sejenis tumbuhan yang ada di Malaysia dan negara Asia Tenggara.

Buah ini digemari ramai kerana teksturnya yang lembut seumpama jeli. Dalam perubatan tradisional Melayu, kembang semangkuk digunakan untuk menurunkan panas badan.

Ini kerana kandungan dalam buah itu yang berkhasiat dan mampu meredakan demam panas.

Buah kembang semangkuk direndam sehingga pecah dan menghasilkan air berwarna coklat jernih. Air ini diminum dan buahnya boleh dimakan untuk menyejukkan badan.

Ia boleh digunakan bersama biji selasih dan getah anggur yang mempunyai kesan yang sama.

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/

Stevia sesuai menggantikan gula

Ramai yang tidak tahu bahawa pokok stevia sebenarnya mampu menghasilkan pemanis lebih sihat berbanding gula yang sedia ada sekarang ini.

Ini kerana pokok stevia masih lagi belum disyorkan untuk penanaman secara komersial.

Menurut portal Pusat Maklumat Rakyat (PMR), stevia juga dikenal pasti tidak mengandungi kalori lemak, karbohidrat atau toksid.

Oleh itu, ia menjadikannya paling sesuai sebagai pemanis semula jadi menggantikan gula dan pemanis tiruan lain seperti aspartame dan sukrosa.

Stevia rebaudiana adalah herba renek yang berasal dari Paraguay. Rasa manis yang terhasil daripada daun stevia dikatakan sudah digunakan masyarakat peribumi Paraguay dan Brazil sebagai pemanis minuman, makanan dan ubat-ubatan sejak ratusan tahun lalu. Walaupun penggunaan pertamanya direkodkan saintis, Antonio Bertoni di Paraguay pada 1887.

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/