Tuesday, 19 August 2014

Tips pemakanan sihat dan seimbang

Mengamalkan pemakanan secara sihat dan diet seimbang amat penting bagi mengekalkan kesihatan yang baik. Ianya bukanlah sesuatu yang sukar untuk anda amalkan dalam kehidupan seharian.

Ikuti tujuh tips mudah berikut untuk memulakan cara pemakanan yang sihat dan seimbang.

AMBIL MAKANAN BERKANJI
Makanan berkanji sepatutnya merangkum satu pertiga jumlah makanan yang diambil. Antara makanan berkanji adalah kentang, bijirin, pasta, nasi dan roti. Pilih pelbagai jenis bijirin penuh (wholegrain) atau makan kentang dengan kulitnya jika boleh kerana ia mengandungi lebih banyak fiber dan akan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya sejenis makanan berkanji untuk setiap hidangan.

MAKAN BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN
Anda digalakkan mengambil sekurang-kurangnya lima bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran yang berbeza setiap hari. Ia sebenarnya mudah. Contohnya satu gelas jus buah-buahan tanpa gula boleh dikira sebagai satu bahagian, begitu juga dengan sayur-sayuran yang dimasak sebagai satu hidangan. Malah anda juga boleh mencampurkan potongan pisang dalam bijirin anda. Mudah bukan?

MAKAN LEBIH BANYAK IKAN
Sumber baik untuk protein dan juga mengandungi banyak vitamin dan mineral, anda digalakkan memakan ikan sebanyak dua bahagian setiap minggu termasuk satu bahagian minyak ikan yang kaya dengan lemak omega-3 yang mampu menangani penyakit berkaitan jantung. Antaranya adalah salmon, hering, tuna, sardin, makarel dan banyak lagi.

KURANGKAN LEMAK TEPU & GULA
Kita memerlukan lemak dalam diet seharian, tetapi awasi pengambilan serta jenis lemak yang kita ambil. Terdapat dua jenis lemak iaitu tidak tepu dan tepu. Jika anda mengambil terlalu banyak lemak tepu, ia akan meningkatkan kandungan kolestrol dalam darah, sekaligus anda berisiko menghidap penyakit jantung. Antara lemak tepu yang terkandung dalam makanan adalah keju, kek, biskut, sosej, krim, marjerin dan sebagainya. Bagi menggantikan penggunaan marjerin atau ghee, anda boleh menggunakan sedikit minyak sayur-sayuran. Selain daripada itu, pengambilan makanan dan minuman bergula boleh meningkat berat badan. Kurangkan pengambilan minuman berkarbonat, beralkohol, kek, biskut dan pastri yang mengandungi gula.

KURANGKAN GARAM
Walaupun anda tidak menambah garam dalam makanan, anda mungkin makan berlebihan kerana ia terkandung dalam makanan yang kita beli seperti bijirin sarapan, sup, roti dan sos. Ia boleh meningkatkan tekanan darah dan anda berisiko menghidap penyakit jantung atau mengalami strok.

JANGAN ABAIKAN SARAPAN PAGI
Seperti yang diketahui ramai, sarapan pagi adalah hidangan terpenting dalam kehidupan seharian anda. Ramai yang beranggapan tidak mengambil sarapan pagi boleh membantu mengurangkan berat badan. Sebaliknya kajian menunjukkan sarapan boleh membantu mereka mengawal berat badan. Sarapan pagi yang sihat perlulah mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan yang baik. Bijirin dengan potongan buah-buahan adalah contoh sarapan pagi yang sihat.

PENGAMBILAN AIR YANG CUKUP
Kita perlu meminum 1.2 liter air setiap hari untuk mengelak daripada dehidrasi. Ia termasuk dengan cecair yang kita dapat daripada makanan yang kita makan. Air suam, susu dan jus buah-buahan adalah contoh cecair yang sihat. Elakkan daripada mengambil minuman berkarbonat yang kaya dengan gula dan kalori.

sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/

Monday, 18 August 2014

5 Punca Bau Badan Tidak Sedap

Bau badan dalam kadar sedang adalah normal dan bahkan bermanfaat sebagai "identiti" kita. Setiap orang mempunyai bau badan yang unik. Haiwan, terutama anjing, boleh mengenalpasti orang dari bau badannya. Namun, bau badan yang berlebihan boleh mengganggu atau bahkan menunjukkan penyakit.

Penyebab bau badan

Badan mempunyai dua jenis kelenjar peluh, iaitu kelenjar ekrin dan apokrin. Kelenjar ekrin terbuka ke permukaan kulit, manakala kelenjar apokrin ditemui di kawasan di mana rambut tumbuh, termasuk kulit kepala, ketiak, dan pangkal paha. Keringat dari kelenjar ekrin sebahagian besar adalah air dan garam, tetapi kelenjar apokrin mengeluarkan keringat yang mengandung lemak, protein dan karbohidrat. Bau badan muncul apabila bakteria di permukaan kulit mengurai keringat dari kelenjar apokrin menjadi asam yang mudah menguap dan melepaskan bau tidak sedap. Ada dua jenis asid yang menyebarkan bau badan:
  • Asid propionat atau asam propanoat yang berbau seperti cuka dan merupakan hasil penguraian keringat oleh propionibacteria, sejenis bakteria yang hidup di saluran kelenjar minyak manusia dewasa dan remaja.
  • Asam isovalerik yang dihasilkan oleh bakteria staphylococcus epidermidis, yang menyebarkan bau seperti keju.
Setiap ketidakseimbangan tubuh berikut boleh meningkatkan pengeluaran asid yang menyebabkan bau badan:
  1. Ketidakseimbangan diet. Kekurangan magnesium atau zinc dan terlalu banyak mengambil daging, makanan yang banyak mengandungi choline (telur, hati ikan, dan kacang-kacangan), bawang merah, bawang putih, jengkol, makanan pedas tertentu, kopi dan alkohol, gorengan dan makanan berlemak boleh menyebabkan bau badan.
  2. Tekanan emosi. Kelenjar apokrin biasanya mengeluarkan keringat lebih banyak masa anda sedang mengalami tekanan emosi (marah, takut, gembira). Bila tidak segera mandi, bakteria akan mengurai bahan tersebut sehingga menyebabkan bau badan.
  3. Pergolakan hormon. Hormon androgen pada anak-anak yang sedang menjalani masa puber dapat meningkatkan pengeluaran kelenjar apokrin.
  4. Kelainan genetik. Orang-orang tertentu secara genetik cenderung mempunyai bau badan yang kuat. Sebuah kelainan genetik yang jarang berlaku trimetilaminuria (trimetil amina di dalam air kencing), ditandai dengan bau hanyir di nafas, peluh dan air kencing. Sindrom ini disebabkan oleh kecacatan pada enzim yang memecah trimetil-amina, produk sampingan daripada pencernaan protein yang dikeluarkan oleh bakteria yang ada dalam usus.
  5. Penyakit. Beberapa penyakit boleh menyebabkan bau badan yang buruk. Salah satu penyakit paling umum yang boleh menyebabkan bau badan adalah kencing manis . Hal ini terutama terjadi bila gula darah pesakit kurang terkawal sehingga mengembangkan keadaan yang disebut ketoasidosis. Keadaan ini tidak hanya menyebabkan bau badan tetapi juga bau nafas yang khas. Bau badan yang buruk juga boleh menjadi petanda penyakit liver atau buah pinggang yang teruk di mana tubuh tidak mampu memproses dan mengeluarkan racun tertentu. Keadaan ini dapat dipastikan dengan ujian darah yang mengukur fungsi buah pinggang dan hati. Kadang-kadang, tiroid yang terlalu aktif juga boleh menyebabkan masalah bau badan kerana kecenderungan pesakit untuk berpeluh berlebihan.

Tips untuk anda

Karena penyebab bau badan adalah bakteria pemecah keringat, cubalah langkah-langkah berikut untuk mengurangkan bau badan anda:
  • Memohon diet yang sihat. Kurangkan makanan yang banyak mengandungi choline dan perangsang seperti kopi atau teh yang merangsang aktiviti kelenjar apokrin.
  • Mandilah dua kali sehari. Bersihkan ketiak, paha, dan lipatan-lipatan tubuh anda dengan baik. Selepas mandi, terapkanlah larutan alkohol atau deodoran untuk mengurangkan bakteria.
  • Kenakan pakaian dari kapas dan serat semula jadi lain yang membolehkan kulit anda untuk bernafas, sehingga penyejatan peluh menjadi lebih baik.
  • Rujuk dengan doktor bila bau badan anda tidak normal dan mungkin menandakan ada yang salah di tubuh anda.
http://majalahkesehatan.com/
Ditulis oleh dr Salma

‘Membunuh’ Setiap Empat Minit

UMUM mengetahui kanser serviks atau pangkal rahim adalah antara pembunuh paling bahaya kepada golongan wanita, malah ia adalah kanser yang ketiga paling lazim dihidapi selepas kanser payu dara dan usus. Di negara ini, statistik menunjukkan kanser ini meningkat mencapai angka yang membimbangkan yang mana 12.2 orang bagi setiap 100,000 wanita didiagnos dengan kanser pangkal rahim.

Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Saunthari Somasundram mendedahkan kematian melibatkan kanser lebih tinggi berbanding kelahiran baru. Malah di Asia, kanser pangkal rahim membunuh wanita dalam tempoh setiap empat minit. Tegas beliau lagi, setiap tahun dianggarkan 500,000 wanita di seluruh duni menghidap kanser pangkal rahim yang menyebabkan 270,000 kematian.

”Kajian mendapati 50 hingga 80 peratus wanita mendapat jangkitan virus human papilloma (HPV) pada satu-satu masa sepanjang hayat mereka dan 50 peratus daripada jangkitan itu berakhir dengan kanser pangkal rahim.

“HPV yang menjadi punca kanser pangkal rahim, berjangkit melalui hubungan seks dan risiko seseorang wanita mendapat kanser tersebut bermula daripada kali pertama dia mengadakan hubungan seks. “Malah jangkitan juga boleh berlaku hanya dengan sentuhan kulit ke kulit pada bahagian kemaluan.

“Lebih kerap seseorang wanita itu mengadakan hubungan seks, maka makin tinggilah risikonya untuk mendapat penyakit ini. ”Ditambah pula sekiranya mereka kerap bertukar-tukar pasangan atau jika si suami mempunyai pasangan lain,” ujarnya.

Menurut Dr. Saunthari, dalam setiap sejuta wanita yang dijangkiti HPV, dianggarkan 10 peratus atau 100,000 orang akan mengalami perubahan tidak normal (sel pra kanser atau servikal displasia). Ini adalah peringkat awal kanser pangkal rahim tetapi lebih 50 peratus kes displasia biasanya akan hilang dengan sendiri.

“Bagaimanapun, lapan peratus (8,000) wanita yang mempunyai sel tidak normal ini akan mendapat kanser pangkal rahim dan 1,600 daripadanya adalah kanser yang cepat merebak. “Yang lebih membimbangkan ialah, kanser pangkal rahim ini tidak mempunyai gejala dan biasanya penyakit dikesan apabila sudah teruk,” katanya.

Dr. Saunthari juga mahu membetulkan tanggapan orang ramai bahawa kanser pangkal rahim hanya dihidapi wanita yang sudah berusia. Sebaliknya ia menyerang wanita tanpa mengira mereka tua atau muda dan biasanya ia tidak hanya menjejaskan kehidupan wanita berkenaan tetapi turut memberi pengaruh besar kepada keluarga dan keseluruhan kehidupan.

”Kematian akibat kanser pangkal rahim juga sebenarnya boleh dicegah dan penyakit itu juga boleh dikesan dengan mudah jika pesakit membuat pemeriksaan awal,” katanya. Atas sebab itu juga menurut beliau, NCSM dengan disokong penuh oleh GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn. Bhd (GSK) melancarkan apa yang dikenali sebagai kempen Menguasai Kanser Pangkal Rahim (POCC) sejak tahun lepas.

”Kempen ini dilancarkan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua wanita mengenai bahaya penyakit ini supaya mereka tahu risiko dihadapi,” katanya. Beliau berkata demikian pada pelancaran Kempen Cegah Barah Pangkal Rahim Dengan Bergaya Bersama Rakan Karib (BFF) di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Kempen baru itu merupakan lanjutan daripada POCC yang bertujuan memberi dan menggalakkan rakan dalam menyebarkan mesej perlindungan serta mengurangkan risiko kanser pangkal rahim. ”Melalui kempen ini ia mampu mendekatkan remaja dalam menyampaikan mesej untuk mengurangkan risiko terhadap kanser ini,” katanya.

Akui Dr. Saunthari lagi, pelancaran kempen ini juga adalah hasil pelaksanaan kempen kesedaran yang dilakukan pada tahun lepas. Melalui penyebaran kempen ini diharapkan ia mampu memberi kesedaran kepada orang sekeliling terutama kawan karib tentang bahayanya penyakit ini. ”Kita perlu sedar bahawa kita semua boleh memainkan peranan dengan azam untuk melindungi wanita yang kita kasihi. “Setiap wanita berhak untuk dilindungi dan kempen cegah kanser pangkal rahim dengan bergaya bersama BFF memberikan kita peluang yang lebih luas dalam usaha kita untuk mencegah penyakit ini,” tegasnya lagi. Melalui kempen ini, satu ikrar foto telah diperkenalkan bagi mendapatkan komitmen rakyat Malaysia terutama remaja bagi melindungi rakan karib dalam menentang kanser ini.

Pelancaran ini juga akan menyaksikan perubahan terkini lawan web POCC yang mempunyai muka surat interaktif untuk membolehkan penghantaran ikrar foto dan cerita. Malah menurut Dr. Saunthari lagi maklumat komprehensif mengenai kanser ini juga turut dimuatkan melalui video yang menarik. Selain itu, turut disertakan ialah soaljawab mengenai risiko dan strategi membolehkan pelawat ,mempelajari mengenai cara mereka melindungi diri masing-masing.

sumber : http://www.rawatan.org/