Tuesday, 17 September 2013

Apa Itu Strok?...

Apa Itu Strok?... (sumber dipetik dari http://www.nasam.org/bahasa/pencegahan-apa-itu-strok.php

Strok di Malaysia.

Emosi. Imbangan. Koordinasi. Penglihatan. Pendengaran. Deria rasa. Pergerakan Terkawal.
Strok adalah punca kematian ketiga terbesr di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.

Apakah strok? 


Fungsi-fungsi otak.
Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan. Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

Serangan Iskemia Sementara (TIA)

Strok Iskemia: Apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak.

Satu tanda penting ancaman strok adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya.

TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada seorang profesional perubatan secepat mungkin.

**Penghargaan: Rajah-rajah digunakan dengan kebenaran Stroke Foundation of New Zealand.

Hyperrangkai Berkenaan

Pemulihan Strok

Adalah teramat penting yang mangsa strok dirujuk kepada ahli fisioterapi secepat mungkin. Lebih cepat fisioterapi dimulakan, lebih cepat otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan-laluan deria rasa dan pergerakan ke otak.

Pemulihan Strok.


Pemulihan awal adalah teramat penting. Setiap mangsa strok mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin.

Membantu penjaga menghadapi cabaran. Ramai orang merasa agak kurang pasti bagaimana mereka akan menghadapi cabaran menjaga mangsa strok di rumah. Jika anda adalah penjaga yang utama, perkara-perkara yang paling penting adalah untuk:
  1. Mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan dan sokongan yang boleh diperolehi bagi pemulihan
  2. Jangan buat semua tugas sendirian. Dapatkan bantuan amali dengan rutin harian
  3. Bertolak ansur
  4. Berikan diri anda masa rehat yang teratur

Mengapa Pemulihan?

Matlamat-matlamat pemulihan adalah untuk memperbaiki fungsi dan mendapat sebanyak mungkin kemandirian yang boleh. Seperti juga setiap strok memberi kesan yang berbeza kepada seseorang, jenis-jenis pemulihan yang diperlukan juga berbeza dari seorang ke seorang.

Apa itu Pemulihan?

Pemulihan merangkumi berbagai perkhidmatan termasuk terapi pertuturan, fizikal, cara kerja dan rekreasi dan aktiviti berkumpulan. Pakar-pakar yang menyediakan perkhidmatan ini membantu mangsa strok bercakap/ bertutur semula, berjalan semula dan mendapatkan kembali kemahiran lain yang dipunyainya sebelum mengalami strok. Mereka juga membantu mangsa strok mempelajari cara baru berbuat sesuatu untuk mengimbangi kemahiran yang telah hilang.

Maklumat Mengenai Pemulihan.

Pemulihan awal adalah teramat penting. Setiap mangsa strok mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Lebih cepat terapi pemulihan dimulakan; lebih cepat otak dapat mempelajari semula pergerakan normal. Lebih lama terapi pemulihan ditangguhkan, lebih sukar bagi mangsa strok untuk pulih.
  1. Belajar dari doktor, jururawat dan ahli terapi bagaimana untuk membantu mangsa strok menjalankan senaman harian dan bentuk penjagaan yang lain. Periksa sama ada anda boleh kembali ke hospital untuk rawatan terapi pesakit luar.
  2. Berkongsilah dengan pekerja kemasyarakatan seperti Befrienders, ketua-ketua agama atau sahabat-sahabat karib untuk membantu anda menghadapi keperluan emosi dan fizikal yang diperlukan akibat trauma selepas strok.
  3. Hubungi Ibu Pejabat NASAM. Mereka akan memberitahu di mana pusat NASAM yang terdekat dengan anda. Jika tiada pusat berdekatan tempat tinggal anda, HQ NASAM akan membantu dengan memberikan maklumat berkenaan bantuan.
 produk yg disyoykan untuk pencegahan/sila klik pada produk untun maklumat lanjut

SNE apa itu strok, SNE kawalan. SNE penawar, SNE rawatan, SNE pemulihan