Serikan Kehidupan Hari Tua
Purata jangka hayat penduduk malaysia lebih kurang 70 tahun bagi
perempuan dan kurang sedikit bagi lelaki. Pakar konservatif manusia
dicipta untuk hidup sehingga 100 tahun; dengan kemajuan dalam bidang
perubatan dan peningkatan dalam gaya hidup sihat, ia mungkin akan
menjadi kenyataan dalam satu atau dua generasi lagi.
Peringkat umur daripada 18 hingga 30 tahun merupakan tempoh di mana tenaga fizikal dan mental berada di tahap yang tertinggi. Pengalaman yang kita kumpul dari hari kita dilahirkan membantu kita untuk memelihara dan menggunakan kebolehan fizikal dan mental kita dengan lebih bijak. Untuk beberapa tahun selepas 30, kita mampu melakukannya dengan lebih baik walaupun tenaga perlahan-lahan semakin berkurangan. Selepas umur 50 tahun, peningkatan pengalaman tidak lagi mampu untuk mengimbangi kekurangan tenaga yang makin cepat dan penuaan mula mencengkam dengan lebih nyata dan dalam banyak cara.
Beberapa perkara yang boleh berlaku secara beransur-ansur seperti mereka yang tidak menggunakan cermin mata sebelum ini memerlukannya ketika dalam usia empat puluhan untuk membaca, dan dalam uisa lima puluhan mereka biasanya memerlukan cermin bifokal. Juga pada usia empat puluhan, seseorang mula berkemungkinan untuk menambah berat badan kerana terdapat penurunan dalam kadar pengoksidaan tisu badan yang menua. Juga kita cenderung untuk melakukan kerja yang kurang berat, namun tiada pengurangan dalam jumlah makanan yang diambil. Adakah ini yang dikatakan kehidupan bermula dari usia empat puluhan?
Dalam usia lima puluhan kemungkinan terdapat sedikit kehilangan pendengaran. Biasanya bermula dengan nada nyaring, kemudian akan terkeliru dengan kata-kata yang mengandungi bunyi F, S, dan TH. Ada yang mungkin memerlukan alat bantuan pendengaran.
Penuaan biasanya diiringi oleh kehilangan fleksibiliti fizikal dan mental. Tanda-tanda yang boleh dilihat seperti kecenderungan mendapat sendi kaku; pemulihan yang perlahan selepas berjalan jauh atau kerja keras; pemulihan perlahan untuk luka, sakit otot, dan seliuh atau tergeliat; pemulihan semangat yang perlahan selepas mendapat penyakit; dan kesukaran yang lebih untuk menyesuaikan diri dengan orang baru, tempat baru, dan idea-idea baru.
Lelaki, terutamanya, akan hilang kekuatan otot. Akan terdapat peningkatan dalam kegoyangan dan pergerakan otot yang rumit akan menjadi lebih kekok. Kesimpulannya ialah prestasi dan keupayaan warga tua telah lama dipandang rendah dan ianya boleh ditambah baik dengan pemakanan yang betul, tidur yang cukup, dan bersenam serta berehat dan bersantai.
Ramai orang tua yang cenderung untuk hilang kegembiraan dan tekad untuk hidup. Ada yang berkata bahawa ketawa adalah salah satu penawar yang terbaik untuk warga tua. Kita sentiasa boleh mempunyai perasaan lucu dengan mengeliling diri kita dengan orang yang menyeronokkan dan menarik.
Sekarang kita semua sudah tahu peranan yang dimainkan oleh aktiviti fizikal dalam kehidupan kita justeru jangan lupa untuk melakukan sesuatu yang fizikal setiap hari. Pilihlah aktiviti yang sesuai dengan keupayaan diri. Sendi perlu digunakan atau jika tidak ianya akan mengetat bersama umur dan menjadikan kita bongkok, yang biasanya dikaitkan dengan usia tua. Pastikan juga kita mendapat makanan sihat yang cukup.
Apa gunanya mempunyai umur yang panjang jika kita tidak dapat menikmatinya.
produk
yang disyorkan untuk penghidupan yang sihat/sila klik pada produk untuk maklumat lanjut