Friday 24 January 2014

Ulam beluntas mempunyai pelbagai khasiat



Pokok beluntas yang enak dibuat ulam ini mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan iaitu daunnya boleh dimakan begitu sahaja dan dibuat ulam ketika menikmati nasi.

Beluntas mempunyai khasiat yang boleh menjadi penawar berak berdarah bagi mereka yang mempunyai masalah penghadaman. Manakala daunnya pula boleh merawat wanita yang mempunyai masalah keputihan.

Selain itu, serbuk beluntas pula boleh digunakan untuk merawat demam dan selsema iaitu mencampurkannya dengan sedikit air dan diminum.

Serbuk beluntas juga dapat meredakan ulser, lebam dan bengkak di sekitar badan, manakala jus daun beluntas juga boleh dijadikan pelawas kencing.

Dalam pada itu, bagi mereka yang mahu kelihatan muda, air rebusan daun ini juga berguna.