Thursday 31 July 2014

Angin ahmar

angin mayrik, funny snowmobile crashes, anxiety, polaris 424 magnum, st12, jack boys, angin dewa muda, flash msl league, funny videos, carry underwood, ryobi blower 31cc, 3s and 7s, jamu masuk angin, 2 strok oil, pretty girl swag, dangling in heels, attention uno, interjections, gucci mane, pool shots, def leppard, cummins, samozean in english, how to masterbait, ayat kursi, i, gejlug, flam strok, 250 sx ktm, charmed angin part1, slow rollin song, eton scooters, differentstrokes, redbud 2 strokes, power strok desil, she wolf, ahmir, polo polo, bulan sabit, ahmed ahmar, jendeh, cfr70cc, garux band, heat stroke, www.dedeenar.com, brroery, ahmed mekki, greenday, friday, alone, radja, grammy reporter fail, kamar ahmar, hafez, red jumpsuit aparatus, grinch, grate songes, amena saleem, 200 strok, angin bayu, angin, ghat il a7mar, ragnarok song, bintang kecil, connect the dots, foo fighter, akshay kumar movie, casting crown, hialeah dancer, boogie down bronx, calle 13 angin, alkhot alahmar, brain damage, hening chrisye, im soory, fustan ahmar, defepperd, 80 2 strok, dubstep, al9amar al ahmar, cr80r hillclimbing, blueapalooza, petardas, runescape, jasmine v werk, sadek alahmar, jokie s, peter strock, carrie underwood, jack black angin, wiz khalifa playlist, didem belly dancer, cracker low, kalash, gummy bear, ahmar j.r show, girl has strok, deir el ahmar,
Angin ahmar atau strok ialah penyakit yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang cukup dan dengan itu, sel-sel otak akan rosak dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasainya tidak lagi berfungsi. Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Angin ahmar ialah penyakit ketiga teratas yang mengakibatkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan orang dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar berlaku pada setiap 45 saat, dengan satu kematian pada setiap 3 minit, akibat angin ahmar.Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar kerana penyakit ini adalah padanan bagi "serangan jantung" yang merupakan penyakit yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.Jenis angin ahmarAngin ahmar boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama:• iskemia; dan • pendarahan.

Iskemia biasanya diakibatkan oleh bekuan darah yang melekat pada salur darah (trombosis), atau oleh bekuan darah yang bebas (embolisme). Pendarahan boleh mengambil bentuk pendarahan di dalam otak atau di bawah membran tengah antara tiga membran di dalam otak. Hampir 80% daripada semua angin ahmar diakibatkan oleh iskemia.Tanda dan gejalaGejala-gejala strok bergantung kepada jenis strok dan bahagian otak yang terjejas. Strok iskemia biasanya hanya menjejaskan bahagian setempat otak yang dirempuh oleh arteri yang sumbat.

Walaupun strok pendarahan juga boleh menjejaskan bahagian setempat, ia seringnya mengakibatkan gejala-gejala sejagat yang disebabkan oleh pendarahan dan pertambahan tekanan intrakranium.Jika gejala-gejala surut dalam tempoh sejam atau paling lama dalam 24 jam, diagnosisnya ialah serangan iskemia sementara (TIA) yang pada dasarnya merupakan angin ahmar kecil. Sindrom ini mungkin merupakan satu tanda amaran, dan sebahagian besar daripada pesakit mengalami angin ahmar pada masa depan. RawatanAdalah penting bahawa angin ahmar dikenal pasti dengan seberapa cepat yang mungkin kerana pesakit-pesakit yang dirawat dengan lebih awal mungkin akan hidup dan pulih dengan lebih baik.Jika seseorang pesakit disyaki menghidap angin ahmar, perkhidmatan-perkhidmatan kecemasan harus dihubungi dengan segera.

Pesakit itu harus dihantar ke hospital terdekat yang boleh memberikan penilaian dan rawatan yang cepat dengan terapi-terapi terkini yang disasarkan pada jenis angin ahmar yang dihidapi. Hanya pemeriksaan fizikal dan pengimejan perubatan dapat memberikan maklumat tentang kewujudan, jenis, dan takat angin ahmar. Keputusan-keputusan yang cepat tentang ubat dan keperluan untuk pembedahan telah ditunjukkan dapat memperbaik pemulihannya. Kajian-kajian juga menunjukkan bahawa pesakit-pesakit yang dirawat di hospital-hospital yang mempunyai Pasukan atau Unit Angin Ahmar dengan rancangan penjagaan yang khusus dapat memperbaik kemungkinan untuk pemulihan.Kemungkinan menghidap strok iskemia boleh dikurangkan dengan penggunaan aspirin atau sebatian berkait seperti klopidogrel. Ubat-ubat ini dapat menghalang pengumpulan platelet yang membentuk bekuan darah yang menyumbat tetapi atas sebab yang sama, rawatan sedemikian juga boleh meningkatkan setakat kemungkinan dan kesan strok pendarahan kerana ia menghalang pembekuan darah.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/
oleh: ekompute