Herba merupakan rawatan alternatif terbaik dalam merawat tiroid selain
penggunaan ubat-ubatan klinikal kerana tidak memberikan kesan sampingan
kepada tubuh. Namun, apakah herba yang sesuai dan berkesan untuk dimakan
bagi merawat tiroid?
Pada zaman sekarang, manusia banyak menghidap penyakit kelenjar dan
tiroid. Pada peringkat usia kanak-kanak dan remaja jarang dijangkiti
penyakit tiroid, sebaliknya mereka lebih terdedah dengan penyakit
kelenjar.
Pelbagai pendapat pakar perubatan tentang penyakit kelenjar dan tiroid
ini. Sebahagian mereka mengatakan bahawa tiroid dan kelenjar adalah
penyakit yang sama. Sebahagian pakar lain pula mengatakan bahawa tiriod
bukan kelenjar, kelenjar bukan tiriod. Cuma yang ada persamaan ialah,
ianya disebabkan oleh lebihan hormon.
Walaupun pakar berlainan pendapat tentang penyakit ini, niat dan tujuan
mereka tetap satu, iaitu untuk mengetahui dan mengubati penghidap
penyakit tiroid dan bengkak kelenjar.
Biji Aprikot Pahit Rawatan Alternatif Tiroid
Bukan biji aprikot sahaja yang boleh mengecutkan tiroid, tumor atau
sebarang jenis kanser atau ketumbuhan sel yang abnormal tanpa kawalan.
Durian belanda, bidara, belalai gajah, kunyit, lempoyang, kunyit putih,
kunyit mangga, arabic gum, VCO (fermented VCO) juga boleh digunakan.
Tiroid bukan kanser tapi adalah aktiviti sel dalam kelenjar tiroid yang
berlebihan sehingga kelenjar tiroid merembeskan hormon tiroid T3 dan T4
lebih daripada paras normal..
Dari segi pathology tiroid boleh berlaku dalam 2 keadaan, samada hiperplasia (sel bertambah dari segi kuantiti) atau hipertropy (sel menjadi besar). Kedua keadaan ini menyebabkan kelenjar membesar dan meningkatkan aktiviti sel.
Aktiviti sel yang abnormal atau luar kawalan ini ada kaitan dengan perubahan yang berlaku dalam DNA sel tiroid. Rawatan secara holistik alternatif yakni non-supresif melibatkan perubahan sel, tisu, organ, sistem, tubuh malah sampai tahap DNA sel.
Apa yang berlaku dalam rawatan non-supressive ini agak komplex
melibatkan jaringan dan hubungan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ melaui
isyarat bahan biokimia, peredaran darah, salur limfa, sistem imun dsb.
Ia memberi kesan secara langsung atau tak langsung yang spesifik atau
non-specific kepada fisiologi organ, fungsi sel, perubahan pathology
atau penyembuhan.
Dibawah adalah antara kesan yang berlaku semasa membuat rawatan
non-supressive (aprikot, herba-herba, homeopati, diet therapy,
alternative treatment) :
- Apoptosis iaitu bahan aktif dalam aprikot yang menyebabkan sel tiroid
abnormal mati sendiri (Auto atau self cell death). Ia sangat spesifik
iaitu hanya membunuh sel abnormal sahaja meninggalkan sel sihat hidup
(tak seperti kemoterapi yg membunuh semua sel abnormal dan sihat). Ini
ada kaitan dengan DNA transkripsi yang dicetuskan bahan aktif dalam
aprikot yang menghasilkan protein yang repress (membunuh) sel tersebut. Kemungkinan peranan bahan aktif micro RNA yang ada dalam aprikot atau bahan aktif aprikot yang boleh regulate micro RNA yang terlibat dengan cell regression yang mengakibatkan apoptosis.
- Buah aprikot boleh membersihkan darah, sel, sistem limfa, dan
organ-organ perkumuhan. Penyingkiran bahan toksik ini daripada tubuh
dapat mengembalikan aktiviti sel yang normal termasuk aktiviti DNA.
Pengumpulan bahan toksik berlebihan dalam badan boleh mengubah tahap
micro RNA tertentu yang boleh mengubah transkripsi DNA.
- Membetulkan peredaran darah dengan lebih berkesan.
- Membersihkan sistem limfa untuk mengangkut bahan buangan untuk disingkirkan.
- Membersihkan organ-organ perkumuhan untuk mengoptimumkan fungsi organ berkenaan dan menyingkirkan bahan buangan.
- Meningkatkan sistem imun (specific and non-specific T-cell, B-cell
i.e limfosit, leukosit) untuk mengawal dan membunuh sel tiroid abnormal.
- Cytotoxic bioactives (herbal chemotherapy) yang membunuh sel abnormal secara langsung.
- Anti-oxidant yang meneutralkan radikal bebas yang boleh mencederakan
sel-sel sihat. Setiap bahan herba dan makanan asli mengandungi bahan
aktif (micro RNA, bahan yang boleh mengawal micro RNA, cytotoxic
bioactives, anti-oxidant, pyhto-nutrient) yang berbeza samada kualitatif
(molecular structure) atau kuantitatif.
Diet penghidap tiroid
Disamping itu diet juga sangat penting dalam rawatan tiroid bagi
mengurangkan simptom hipertiroid seperti debaran jantung, panas badan,
kadar metabolisma badan yang tinggi dan paras hormon T3 dan T4.
Makanan yang perlu dielakkan pesakit Tiroid
- Makanan berkafein: kopi, minuman herba dan tenaga berkafein, teh..
- Herba kuat yang bersifat stimulant yang meningkatkan
metabolisma, suhu tubuh dan denyut jantung seperti akar kayu tongkat
ali, ginseng, kacip fatimah, rancang besi dsb.
- Minuman dan makanan kesihatan mengandungi herba dan akar kayu, ubat
tradisional, ubat yang bersifat panas, perangsang seks, meningkatkan
metabolisma dan suhu tubuh: kopi herba, maajun herba, viagra, sexual stimulant.
- Segala jenis hydrogenated vegetable oils/fats (HVO): trans
fat, non-diary creamer, majerin, shortening, minuman 3 in 1, minuman all
in one, minuman berperisa, kek, paste, krim. HVO yang menyebabkan sel
darah merah melekat yakni 'cell agglutination' yang mengakibatkan paras
oksigen darah dan tubuh menurun. Ini meningkatkan beban kerja jantung
lebih ketara (untuk mengepam darah ke kapilari dan sel-sel periferi)
yang memang sudah sedia kuat denyutannya dalam hipertiroid kerana ia
boleh merosakkan otot jantung dalam jangka masa panjang, sesak nafas
dsb.
- Makanan segera, daging lembu, makanan banyak bahan kimia dan vaksin
seperti burger, nuget, sosej, ayam goreng segera. Ia boleh meningkatkan
pertumbuhan sel abnormal tiroid.
- Kurangkan makanan deep fry (bergoreng), minyak recycle, makanan dalam tin, highly refined processed foods.
Semoga bermanfaat.
Sumber : sentiasapanas.com/