Oleh Zuliaty Zulkiffli, BH
Sebelum ini ramai yang mengetahui buah kelor atau dipanggil munggai di
kawasan utara digunakan dalam masakan kerana rasanya enak dan mudah
diperoleh. Selain buah, daunnya turut digemari untuk dijadikan sayur dan
enak jika dimasak lemak.
Bagaimanapun, perkembangan pesat bidang bioteknologi menyebabkan tumbuhan yang juga nama saintifiknya Moringa Olifela kini dikomersialkan apabila daun, buah, batang serta akarnya boleh
diproses menghasilkan pelbagai produk seperti teh, minyak, salad,
syampu, sabun, jus dan kosmetik.
Pokok kelor dipercayai berasal
dan kawasan sekitar Himalaya serta India dan disebarkan ke benua Afrika,
Asia Tenggara dan Asia Barat. Di beberapa negara Afrika, termasuk
Etiopia, Sudan, Madagaskar, Somalia, dan Kenya selain Arab Saudi dan
Israel ia dijadikan tanaman untuk program pemulihan tanah kering dan
gersang.
Ini disebabkan sifat tanaman itu yang mudah tumbuh di
tanah gersang selain tahan lasak. Di Asia Tenggara, dahan kelor biasanya
ditanam sebagai tiang pagar kerana ia mudah hidup, selain daun dan
buahnya boleh dimakan. Pokoknya boleh membesar sehingga mencapai
ketinggian 10 meter, daunnya kecil, batangnya rapuh manakala buahnya
sebesar ibu jari dan panjangnya sehingga 60 sentimeter.
Biarpun
manfaat Moringa sudah dikenali dan digunakan sebagai herba tradisional
oleh suku kaum asli di beberapa negara, tetapi potensi khasiat tumbuhan
ini hanya mula mendapat perhatian daripada saintis moden pada akhir abad
ke-19.
Ilmu penggunaan Moringa oleh suku kaum asli direkodkan di
80 negara dalam lebih dari 200 bahasa tempatan. Biarpun nilainya dan
segi perubatan sudah lama disedari, ia masih belum begitu meluas
khususnya di kalangan masyarakat moden.
Tumbuhan itu mengandungi satu kompaun unik yang dikenail sebagai
cytokini yang mana kajian saintifik dan klinikal mendapati ia amat
sesuai untuk mempercepatkan tumbesaran. Selain itu ujian cytokini ke
atas ternakan mendapati haiwan yang diberikan diet mengandungi bahan itu
mampu meningkatkan pengeluaran susu, selain mempercepatkan penyembuhan
atau penggantian sel rosak.
Menyedari kelor mempunyai banyak
khasiat untuk kesihatan tubuh badan, sebuah syanikat tempatan, FM
Alliance Marketing Sdn Bhd yang berpangkalan di Jitra, Kedah mengorak
langkah mengkomersialkan tumbuhan itu untuk menghasihkan pelbagal
produk.
Pengurus Pemasaran dan Promosinya, Abdul Hadi Ismail,
berkata kajian klinikal mendapati cytokini juga mengandungi unsur anti
keuzuran atau penunaan, sekali gus membolehkan ia menjadi bahan awet
muda atau merawat pehbagai penyakit. Katanya, walaupun akarnya terasa
pahit, ia sangat berkesan untuk membantu sistem penghadaman, membasmi
cacing parasit dalam usus, mengatasi sembelit, melegakan sistem saraf
dan membina ketenangan dan meningkatkan tenaga batin.
"Selain
itu, ia juga sering digunakan untuk merawat lumpuh, demam, batuk,
selsema, inflamasi salur nafas, paru-paru, sawan babi dan histeria.
Daunnya juga berguna untuk menyembuhkan penyakit skurvi (gusi berdarah),
anemia (kekurangan sel darah merah), mengimbangkan dan memulihkan
sistem fungsi badan. Malah Moringa atau kelor juga kaya dengan vitamin
B, B1, B2, B3, C, D, E, antioxidan, fiber dan sumber klorofil yang
tinggi. Ia membekalkan kandungan klorofil tertinggi dalam rekod tumbuhan
yang dikenali sejak permulaan tamadun manusia," katanya ketika ditemui
Berita Minggu, baru-baru ini.
Abdul Hadi berkata, ia juga
mengandungi kompaun beta sitosterol yang berpotensi untuk menurunkan
tekanan darah dalam badan yang mana ia banyak digunakan untuk merawat
darah tinggi di India.
Beliau berkata, tumbuhan ini mempunyai
nilai perubatan yang tinggi kerana ia bersifat bebas racun atau tidak
bertoksik selain mempunyai sejarah yang lama dalam bidang perubatan
Ayurveda di kalangan masyarakat India.
"Rekod Ayurveda
mengenalpasti 300 ramuan daripada Moringa sesuai diamalkan untuk
mengatasi dan merawat pelbagai penyakit. Pencairan zat dan jus hijau
Moringa mempercepatkan penyerapan biologi badan dan larutan zat yang
bersifat 100 peratus biokimia membolehkan badan menggunakannya terus
tanpa proses penghadaman,” katanya. - e-kesihatan.blogspot.my/