Tips Mudah Untuk Merawat Lenguh Kaki
Setiap orang pasti pernah dan akan rasa lenguh-lenguh di kaki mereka.
Biasanya rasa lenguh kaki ini adalah disebabkan terlalu banyak kerja, melakukan
banyak aktiviti tanpa berhenti, masalah kurang tidur, masalah kurang zat,
terdapat masalah darah tersumbat dan sebagainya.
Selain daripada itu, penyebab paling umum dan utama masalah kaki
lenguh, kaki kebas atau kaki yang sakit adalah berpunca daripada masalah perjalanan
darah yang tidak lancar pada bahagian arteri kaki.
Antara
penyebab lainya, ianya mungkin juga kerana masalah pada otot kaki yang tegang
dan otot betis anda pula meregang secara berlebihan. Berdiri terlalu lama juga
akan membuatkan tekanan hanya tertumpu kepada otot-otot di belakang kaki,
terutama apabila anda selalu memakai kasut tumit tinggi. Akhirnya masalah lenguh kaki anda
akan menjadi lebih terasa dan menyakitkan.
Jadi, mari admin kongsikan Tips Mudah Untuk Merawat Lenguh
Kaki agar rasa lenguh-lenguh pada kaki anda akan hilang dan
berkurangan serta yang paling penting, tips ini anda boleh melakukannya
dan amalkannya sendiri di rumah mengikut tahap kemampuan anda.
Berikut adalah tips menghilangkan rasa lenguh pada kaki:
- Tips 1: Anda dapat memulakannya dengan cara memicit-micit atau mengurut-urut betis anda untuk membantu dan dapat melancarkan kembali peredaran darah anda. Gunakanlah body lotion, body oil dan minyak urut supaya lebih mudah mengurut kaki anda.
- Tips 2: Ambil semangkuk air suam. Kemudian tambahkan pula satu senduk garam biasa ataupun garam bukit ke dalam air tadi. Selepas itu rendamkanlah kaki anda selama 15-20 minit. Masukkan garam dalam baldi. Menurut kajian merendam kaki dengan air panas atau suam dapat memanaskan seluruh badan anda, selain itu ianya juga meningkatkan pengaliran darah pada bahagian atas tubuh badan anda dan juga dapat melepaskan tekanan. Seeloknya rendamlah kaki anda sampai ke betis dan gunakan besen yang lebih dalam. Merendam kaki sampai anda berpeluh boleh juga meredakan masalah selsema dan senggugut. Ianya juga adalah amalan yang amat bagus untuk mencegah strok juga.
- Tips 3: Jika kesakitan pada kaki tersebut sangat mencengkam seperti kebas, lakukan gerakan seperti menggali tanah dengan jari anda pada bahagian yang sakit. Kemudian tahan gerakan itu selama 15-20 saat. Setelah kesakitan anda sedikit lega, regangkan kembali otot-otot pada kaki anda secara perlahan.
- Tips 4: Ada beberapa campuran minuman juga yang dapat membantu anda untuk meredakan rasa sakit dan lenguh yang dirasakan itu. Caranya, cubalah minum campuran sedikit madu dan sedikit jus lemon dalam secawan air suam atau anda juga boleh mencuba satu cara lagi iaitu minum satu sudu makan minyak ikan dengan segelas jus limau sebelum anda masuk tidur.
- Tips 5: Caranya, gunakan ais yang telah dibungkus ke dalam plastik dan kemudian bungkuslah dengan tuala, kemudian tuamlah pada sendi anda serta mengelilingi lutut anada selama 10-15 minit. Sila pastikan kaki anda berada pada kedudukan berada di tempat yang lebih tinggi.
- Tips 6: Caranya, tidurlah dengan kedudukan kaki yang lebih tinggi. Gunakanlah bantal untuk menampung kaki anda. Ianya akan menyebabkan darah anada akan mengalir dan tidak berkumpul hanya di bahagian kaki anda.
Haa itulah antara tips yang dapat dmin kongsikan supaya anda dapat meredakan, menghilangkan dan mngurangkan rasa sakit serta kebas pada kaki anda. Selamat mencuba.
Sumber: wom / tokeinfo.com/