6 Jenis Makanan Yang Akan Menjadikan Awet Muda
Apabila anda memasuki usia di awal 30-an, maka wajah seseorang wanita
itu akan mula memperlihatkan tanda-tanda penuaan. Di mana ianya akan
mulai kelihatan garis-garis kedutan di bahagian tepi mata dan juga pada
bibir mereka. Sebahagian daripada wanita pula mungkin akan lebih jelas
tanda- tanda penuannya apabila pipi yang dahulunya tegang menjadi
kelihatan kendur atau jatuh.
Oleh itu sila pastikan sebaik saja usia anda hampir atau sydah
mencecah 30 tahun, anda seharusnya mengamalkan enam jenis makanan
berikut yang di mana terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang
sememangnya amat diperluka oleh tubuh badan anda. Ini adalah kerana
khasiat yang terkandung dalam makanan-makanan ini akan dapat membantu
untuk menegangkan dan menganjalkan kulit wajah anda dan sekali gus ianya
akan membuatkan anda kelihatan kekal muda yang ibarat tidak dimamah dek
usia. Jadi mari kita ketahui apa 6 Jenis Makanan Yang Akan Menjadikan Awet Muda;
1. Buah Delima
Kulit buah delima dapat mengekalkan keanjalannya jika kolagen di
dalam tubuh diproses dengan baik. Buah delima sememangnya mampu
melakukannya untuk anda. Ini kerana ianya kaya dengan vitamin C yang
dimana berfungsi sebagai antioksidan dan seterusnya dapat menghalang
kehadiran garis-garis halus, kedutan dan kekeringan kulit.
2. Buah Tembikai
Buah tembikai mengandungi air yang di mana dapat membantu untuk
menjadikan kulit lebih elastik. Apa yang paling penting buah tembikai
ini mengandungi lycopene yang akan memberikan warna merah pada tembikai.
Bahan ini juga akan bertindak sebagai antioksidan yang mencegah
kerosakan kulit akibat daripada kesan sinar UV. Khasiat yang sama juga
ada terdapat pada buah tomato.
3. Bayam
Salah satu khasiat sayuran bayam adalah ianya dapat membantu untuk
memberi kulit yang lebih sihat kerana mempunyai kandungan vitamin A yang
tinggi. Ianya juga dikatakan dapat memberikan kelembapan yang amat
tepat kepada epidermis sekali gus, ianya dapat membantu untuk mencegah
jerawat, kedutan dan masalah kulit yang lain lagi.
4. Brokoli
Sayuran brokoli ini sememangnya dapat meningkatkan kualiti kesihatan
kulit anda, ini adalah kerana ianya mempunyai banyak kandungan vitamin
C, E, dan B6. Ia juga dapat membantu untuk mengelakkan kesan kerosakan
yang ada pada kulit anda akibat kean radikal bebas.
5. Avokado
Buah avokado ini juga sememangnya kaya dengan asid lemak omega dan
asid oleic yang di mana membolehkan untuk membantu lapisan luar kulit
anda supaya dapat mengekalkan kelembapannya hingga membuatkan kulit anda
lembut dan anjal.
6. Kiwi
Buah kiwi sememangnya mengandungi banyak vitamin C yang di mana ianya
mampu untuk mencerahkan kulit tubuh badan anda. Buah kiwi juga amat
berkesan dalam memperbaharui sel-sel kulit yang akan menjadikan kulit
anda semakin cerah, tampak segar dan sentiasa awet muda.
Sekiranya dari awal lagi anda sudah mula mengamalkan pengambilan enam
jenis makanan ini adalah ternyata lebih baik. Ianya juga akan dapat
membantu anda untuk mengurangkan kos anda untuk membeli krim atau
serum-serum anti penuaan. Selain itu juga amalan memakan sayur-sayuran
dan buah-buahan ini juga tenyata amat baik untuk kesihatan tubuh badan
secara menyeluruh dan merawat kulit muka anda.
Jadi marilah kita amalkan gaya pemakan yang sihat untuk tubuh badan
kita yang dimana jiklau kita tidak syangkan diri kita sendiri, siapa
lagi akan sayang kita. Semoga apa yang admin kongsikan ini dapat
memberikan panduan dan manfaat untuk kesihatan kita bersama. Selamat
mencuba.
Sumber: vanilakismis / tokeinfo.com/