Tuesday, 17 May 2016

Cara Menghaluskan Kulit Dengan Bahan Semula Jadi



Setiap wanita sentiasa menginginkan kulit wajah yang cantik berseri.  Namun begitu, kebanyakan wanita memiliki kulit yang kasar.  Ini menyebabkan mereka kurang berkeyakinan terhadap diri masing-masing.

Sebenarnya anda tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk ke salon atau klinik kecantikan bagi mendapatkan kulit yang cantik.  Ini kerana anda boleh sahaja menggunakan bahan yang ada di rumah untuk memiliki kulit yang cantik.

Berikut merupakan cara menghaluskan kulit dengan bahan semula jadi

1. Masker Kopi

Tahukah anda kopi bukan sahaja sedap untuk diminum tetapi kopi juga merupakan antara bahan untuk menghaluskan kulit.  Cara untuk membuatnya menjadi scrub semula jadi ialah dengan meletakkan beberapa sudu kopi ke dalam cawan kemudian letak sedikit air lalu sapukan secara perlahan-lahan pada badan anda.  Biarkan kering selama beberapa minit lalu bilas dengan air bersih.  Selain menggunakan kopi yang baru, anda juga boleh menggunakan kopi yang anda telah gunakan tetapi pastikan ia tidak bercampur dengan gula.

2. Masker Pisang

Antara cara menghaluskan kulit dengan bahan semula jadi adalah dengan menggunakan buah pisang.  Buah pisang bukan sahaja digemari oleh orang ramai malah ia juga boleh menghaluskan kulit anda yang kasar.   Ini kerana pisang sangat bermanfaat untuk membersihkan sel-sel kulit mati pada kulit anda.  Caranya dengan menghancurkan pisang tersebut sehingga menjadi seperti bubur kemudian campur satu sudu jus lemon dan madu lalu ratakan pada kulit anda.  Biarkan ia selama 20 hingga 30 minit kemudian bilas dengan air bersih.

3. Masker Madu

Madu merupakan cecair yang kental seperti sirap yang dihasilkan oleh lebah.  Madu digunakan sebagai pemanis makanan, jem roti dan ubat herba.  Kandungan vitamin, mineral dan antioksidanya sangat sesuai untuk melembapkan dan menghaluskan kulit.  Cara menggunakannya ialah dengan menyapukan madu ke kulit anda kemudian biarkan ia selama lebih kurang 30 minit, setelah ia kering bersihkan kulit anda dengan air sejuk.  Anda boleh melakukan rawatan ini seminggu sekali tetapi anda hanya boleh menggunakan madu asli sahaja.

4. Masker Putih Telur

Putih telur bukan sahaja sedap untuk dimakan malah ia juga boleh menghaluskan kulit.  Telur memiliki zat aktif yang berguna untuk merawat kulit tetapi bukan sebarangan telur yang boleh digunakan untuk menghaluskan kulit. Telur yang sesuai digunakan ialah telur ayam kampung.

Cara menggunakannya sangat mudah dengan meratakan putih telur ke kulit.  Tunggu sehingga ia kering kemudian bilas dengan air bersih.  Putih telur bukan sahaja bermanfaat untuk menghaluskan kulit malah ia juga dapat memutihkan kulit.

Kesimpulannya, bahan-bahan yang digunakan bukan sahaja mudah didapati tetapi ia juga murah.  Oleh itu, anda tidak perlu bersusah payah pergi ke klinik kecantikan atau salon untuk memiliki kulit yang halus.  Anda hanya perlu mencuba cara menghaluskan kulit dengan bahan semula jadi yang telah disenaraikan.

Semoga bermanfaat untuk anda dan selamat mencuba. - tokeinfo.com/