Tips Dan Petua Awet Muda Untuk Lelaki
Apabila kita bercakap mengenai topik awet muda, pada kebiasaanya
ianya akan merujuk kepada kaum wanita. Itu sememangnya perkara biasa,
ini kerana apabila sebut pasal kecantikan, penjagaan, dan awet muda
semestinya akan bersangkut paut dengan kaum wanita. Itu belum lagi pula
dengan tips-tips untuk diet yang seimbang la, tips-tips untuk menjaga
rambut, mata, kuku, untuk buang selulit dan sebagainya. Tetapi jangan
dilupa kaum lelaki juga ada tips-tips dan petua-petua yang tersendiri
untuk membuatkan mereka akan nampak macam muda remaja atau awet muda.
Jadi mari admin kongsikan Tips Dan Petua Awet Muda Untuk Lelaki
Tips dan petua-petuanya adalah.
Perkara yang patut dielakkan atau dijauhkan.
- Elakkan daripada merokok atau jauhkan diri anda daripada orang-orang yang merokok. Jikalau anda yang sememangnya menghisap rokok tuh, tidak boleh buat apa la. Untuk pengetahuan anda, asap rokok adalah punca yang akan mempercepatkan proses penuaan bagi seseorang itu. Ini adalah kerana asap daripada rokok tersebut akan menyerap kandungan oksigen yang ada pada kulit anda dan akan ianya akan melambatkan proses pembentukan sel-sel baru sehingga akan membuatkan wajah anda akan kelihatan pucat serta ianya akan mengundang garis-garis halus pada mata anda.
- Elakkan dan jauhkan diri daripada memakan makanan yang kurang berkhasiat. Antara contoh makanan yang kurang berkhasiat adalah seperti makanan ringan, mee segera atau mee meggi, makanan segera seperti KFC, Pizza, MCD, Burger King , Subway dan yang sewaktu dengannya (harus diingat sekali-sekala tu bolehlah makan, akan tetapi janganlah jadikan ianya sebagai salah satu makanan asasi atau wajib bagi anda pula).
Antara Perkara yang bagus untuk di amalkan.
- AMALKANlah untuk memotong kuku anda atau rambut anda hanya pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain daripada itu juga , amalkanlah amalan untuk menanam kuku atau rambut yang telah dipotong atau yang gugur. Ketika waktu anda bangun pagi, terutamanya sebelum anda mandi amalkan petua ini. Urutkanlah wajah anda dengan air sejuk daripada bawah dagu anda hinggalah ke atas dahi anda dan diiringi dengan selawat Nabi sebanyak 3 kali. Amalkanlah seelok-eloknya setiap hari urutan ini. Insya Allah anda pasti akan kelihatan jauh lebih muda.
- Memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan ulam-ulaman dalam makanan anda. Ini adalah kerana ulam-ulaman adalah sangat bagus untuk kesihatan anda. Ianya sememangnya mengandungi banyak serat (fiber) dan ianya juga kurang kalori. Selain daripada itu, ianya amat kaya dengan vitamin C, vitamin A , asid folik dan zat galian yang amat sangat diperlukan untuk membantu dalam pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan serta minda anda yang sihat.
- Bersenam atau bersukan. Amalan bersenam atau bersukan secara teratur juga akan dapat membantu mengekalkan kecergasan dan ianya juga boleh mengurangkan stress yang ada.
- Mengamalkan amalan membaca doa-doa dan surah-surah yang pastinya elok untuk awet muda.
- Sentiasa berfikiran positif dan tenang dalam menghadapi tekanan atau stress.
Itulah antara Tips Dan Petua Awet Muda Untuk Lelaki, selamat mencuba dan semoga bermanfaat. - http://tokeinfo.com/