Kajian santifik membuktikan ikan haruan berkhasiat bagi mempercepatkan
proses penyembuhan luka terutama bagi ibu-ibu yang bersalin dan mereka
yang menjalani pembedahan.
Dipetik dari sebuah portal gaya hidup tempatan, berdasarkan kajian saintifik yang dijalankan oleh Prof. Saringat Baie dari USM and Prof. Abdul Manan Mat Jais dari UPM tentang khasiat dan kebaikan ikan haruan.
Antara kebaikan ikan haruan ialah seperti haruan mempunyai asam amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik.
Haruan juga mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.
selain itu, haruan mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.
Glisin yang terdapat pada ikan haruan (merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia akan membentuk molikul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.
Malah, dari kajian saintifik turut mendapati pengambilan ikan haruan juga dapat mengurangkan sakit selepas pembedahan.
Lendir ikan haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya serta mengandungi kolagen yang tinggi yang membantu mencantikkan kulit.
sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/
By Azwa Iela | Tupai