Selama
ini anda mungkin hairan mengapa orang lain boleh tidur lebih sebentar
dari anda dan tetap segar sepanjang hari, sedangkan anda tidak boleh
tidur kurang daripada 8 jam tanpa mengantuk di siang hari. Ternyata, "bakat tidur" setiap orang memang berbeza. Tubuh kita mempunyai program tidur yang berbeza-beza sesuai bawaan genetik kita.
Dalam usaha mencari punca genetik perbezaan jumlah tidur antar-orang, sekumpulan penyelidik Eropah yang dipimpin Karla Allebrandt dari Universiti Munich membentangkan penemuan tersebut dalam mesyuarat tahunan American Society of Human Genetics, Washington (5/11).Para saintis itu telah mempelajari sampel DNA 4,260 orang dari tujuh negara Eropah dan korelasinya dengan kebiasaan tidur.
Para penyelidik kemudian mencari kesamaan faktor genetik di antara para sukarelawan yang tidur lebih banyak atau lebih sedikit. Dengan cara ini, mereka mendapati bahawa gen ABCC9 secara signifikan mempengaruhi tidur para sukarelawan. Ketika dibenarkan untuk tidur sebanyak yang diinginkan, sukarelawan yang mempunyai dua varian pertama gen tersebut tidur rata-rata 6% lebih sedikit berbanding mereka yang mempunyai dua varian kedua gen tersebut, iaitu kira-kira 7.5 jam vs. 8 jam.Sebelum ini, gen lain iaitu Dec2 juga diketahui mempengaruhi tidur, tetapi kaitan tersebut hanya ditemui pada beberapa keluarga dan tidak dalam populasi manusia secara umum. ABCC9 adalah gen pertama yang seolah-olah berkaitan erat dengan tidur semua orang.
Gen ini berperanan mengekod protein SUR2 dan terlibat dalam pemprosesan potasium di dalam sel. Kerana protein SUR2 juga berkaitan dengan penyakit kencing manis dan jantung, penemuan ini mungkin menarik bagi saintis yang meneliti penyakit-penyakit tersebut dan bagaimana hubungannya dengan pola tidur pesakit.
sumber dari : http://majalahkesehatan.com/