Tuesday, 28 October 2014

Khasiat misai kucing dan pokok herba catnip

Khasiat Misai kucing mempunyai rahsia tersendiri disebalik bunga + daun + akarnya. Mempunyai bunga yang sangat cantik berwarna putih ungu dan lebih kurang sama dengan pokok herba Catnip. Bezanya disini bunga Misai kucing + Catnip adalah pokok herba yang berbeza pada warna + bau + khasiatnya. 

Biarpun begitu ada sesetengah orang mengatakan haiwan kucing juga suka bermain dengan pokok herba misai kucing terutama pada akarnya. Sejauh mana kebenaran itu nanti kita selongkar. Minggu lepas aku ada kongsikan kepada semua tentang pokok herba Catnip iaitu pokok ganja untuk kucing2 manja korang. Ada masa boleh baca Krazee kitty mangkuk ganja kopi

Misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon Aristatus adalah asal usul nama kepada Lippenblütengewächse/Lamiaceae/Labiatae. Pokok herba ini ditemui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia tropika. Banyak khasiat yang terdapat pada pokok misai kucing ini. Rasanya pasti ramai yang sudah ketahui kebaikan misai kucing kerana di negara Malaysia sangat popular dengan jualan TEH MISAI KUCING.

KEBAIKAN + KHASIAT MISAI KUCING

  • Merawat penyakit buah pinggan
  • Batu pundi kencing
  • Jangkitan saluran kencing
  • Hati dan masalah pundi kencing
  • Kencing manis
  • Sakit sendi
  • Batu karang
  • Gout
  • Mengurangkan kolesterol + tekanan darah
  • Bersifat Antiallergic + Antihipertensi + Anti-radang + Diuretik + Arteriosklerosis
  • Nephritis
  • Melegakan kekejangan otot dalam dinding organ dalaman
  • Merawat lemah jantung + darah tinggi

CARA2 PENGGUNAAN MISAI KUCING

  • Ambil beberapa bunga herba misai kucing dan direbus dengan 5 cawan air
  • minum setiap hari pagi + malam sebelum atau selepas makan  ATAU
  • Ambil beberapa bunga herba misai kucing. Digunting kecil2 atau dikoyak2kan
  • Rendam dengan secawan air panas. Tutup dan biarkan suam.
  • Minum hingga habis. Amalkan setiap hari pagi + malam.
Misai kucing ini lebih baik diamalkan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik. Semasa pengambilan teh misai kucing, haruslah dijaga juga pemakanan seperti gula dan sebagainya. Tetapi tahukah korang bahawa TEH DAUN BELALAI GAJAH juga dapat merawat pelbagai jenis penyakit termasuk Kanser? Baca Khasiat Daun Belalai Gajah dan Teh Daun Belalai Gajah untuk keterangan lebih lanjut + cara penggunaannya.

sumber : http://kongsibersamanora.blogspot.com/