Kegagalan jantung adalah serius apabila organ
penting ini tidak dapat mengepam darah yang membawa oksigen dan nutrien penting
yang cukup ke seluruh badan disebabkan otot jantung lemah. Masalah jantung ini
bukan bermaksud organ ini berhenti berfungsi, sebaliknya ia tidak dapat bekerja
dengan baik bagi memenuhi keperluan badan terutama ketika aktiviti fizikal.
Masalah jantung ini dialami individu dalam semua peringkat umur,
namun risiko ia kerap berlaku seiring dengan pertambahan usia. Dianggarkan satu
peratus berlaku dalam kalangan mereka berusia bawah 65 tahun, peningkatan
kepada tujuh hingga lapan peratus pada usia 75 hingga 84 tahun dan 15 peratus
dalam kalangan usia lebih 85 tahun.